Petua Tangani Keletihan Lelaki & Wanita

Keletihan adalah perkara yang sering di hadapi oleh golongan lelaki mahupun wanita. Apatah lagi dengan gaya hidup moden yang serba pantas ini. Banyak faktor yang mempengaruhi rasa letih yang dialami.

 

Sebab Punca Cara Atasi Keletihan

 

Punca-punca Keletihan

 

Di antara punca berlakunya keletihan ialah:-

 

#1: Tidur Kurang Berkualiti/Tidak Lena

Ramai di kalangan kita yang tidak dapat tidur yang benar-benar berkualiti akibat gaya hidup masa sekarang. Bekerja sehingga larut malam dan pekerjaan syif juga menjadi punca keletihan.

 

#2: Dehidrasi (Kekeringan Air Dalam Badan)

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, ini boleh menganggu dan melembapkan daya tumpuan dan mental. Seterusnya mengakibatkan badan terasa lemah dan letih.

Justeru itu, sekiranya berasa letih dan tidak mampu berfikir dengan baik, segeralah minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.

 

#3: Kekurangan Zat Besi (Iron)

Zat Besi merupakan antara unsur mineral penting yang berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Kekurangan zat besi akan menganggu fungsi normal tubuh dan menyebabkan anda mudah berasa letih.

 

#4: Aktiviti Berlebihan

Sekiranya jadual seharian anda sentiasa padat dan memerlukan anda terlibat dengan perbincangan serta pergerakan yang kerap, anda akan mengalami keletihan mental dan fizikal.

Melakukan aktiviti sukan secara berlebihan juga boleh mendatangkan keletihan otot.

 

#5: Keadaan Kesihatan

Keletihan juga boleh menjadi gambaran awal penyakit yang dihidapi. Di antanya ialah kanser, penyakit autoimun, penyakit berkaitan kardiovaskular, penghadaman, penyakit hati dan sebagainya.

Wanita mengandung juga sering mengalami keletihan.

 

#6: Stress

Stress dan kemurungan akan menyebabkan seseorang mudah berasa letih. Bukan sekadar letih fizikal, malah letih mental.

 

#7: Ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat sintetik yang mendatangkan rasa letih sebagai kesan sampingannya. Sebagai contoh ialah ubat yang bersifat anti-depresi serta ubat yang menghalang beta seperti ubat darah tinggi dan ubat migrain.

 

Tips Atasi Keletihan

 

#1: Tidur Yang Berkualiti

Pastikan anda mempunyai jadual tidur yang tetap. Kosongankan minda sebelum tidur.

 

#2: Bersenam

Bersenam secara konsisten dapat mengurangkan faktor keletihan berpanjangan. Badan yang cergas menjadikan anda berasa ringan tubuh dan segar, malah turut memberi kesan mood yang lebih ceria.

 

#3: Atasi Stress

Stress dapat diatasi sekiranya anda sentiasa berfikir secara positif di samping redha dengan ketentuan Tuhan yang tidak boleh anda ubah.

 

#4: Air Kosong

Pastikan rutin harian anda untuk mengambil air kosong sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.

 

#5: Diet Harian

Pengambilan makanan yang sihat dan berzat akan membantu anda mempunyai tubuh yang sihat dan cergas. Selain daripada itu, elak atau kurangkan pengambilan kafein terutama sebelum tidur serta amalkan supplement untuk menampung kekurangan nutrisi badan anda.

 

esp energizing soy protein shaklee

 

Bagaimana ESP Shaklee Membantu Anda Kekal Bertenaga?

 

ESP Shaklee merupakan salah satu supplement yang membantu anda mendapat tenaga yang berpanjangan.

 

Indeks Glisemik

Faktor indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, membolehkan gula yang ditukarkan kepada tenaga di dalam darah dilepaskan secara perlahan-lahan. Justeru itu, anda akan dapati bahawa, rasa segar dan bertenaga lebih lama berbanding sebelum pengambilan ESP.

Bonusnya, anda turut berasa kenyang dan cergas sekaligus boleh mempengaruhi mood anda.

Berbanding dengan pengambilan karbohidrat, gula akan dilepaskan secara mendadak dalam waktu yang singkat. Inilah punca anda mudah letih dan rasa lapar kembali dengan lebih cepat.

 

Bacaaan indeks glisemik:-

GI tinggi – 70 dan keatas
GI sederhana – 56 – 69
GI rendah – 55 dan kebawah

 

Faktor GI ini juga merendahkan risiko diabetes dan paras kolestrol sekaligus bagus untuk mereka yang ingin kurus kerana ESP memberikan rasa kenyang yang berterusan.

 

BONUS Mac 2014 Sahaja!!!

Dengan setiap pembelian 2 canister ESP, anda layak mendapat eBook istimewa daripada saya.

 

Nota: Bulan Mac ini adalah bulan buat duit dengan ESP. Nak tahu caranya, boleh PM/WhatApps saya 🙂

 

Sekiranya anda berminat untuk mencuba ESP ini sebagai produk yang membantu rasa letih anda serta mendapatkan kesan sampingan lain yang positif, boleh hubungi saya segera.

 

Terima kasih :)

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

8 Comments

  1. Mizz Aiza March 10, 2014
    • Naimah Wahab March 10, 2014
  2. D_08 March 10, 2014
  3. puteri kasih March 11, 2014
    • Naimah Wahab March 12, 2014
  4. Ihsanarena August 31, 2017
    • Naimah Wahab November 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge