Hadiah Terbaik Untuk Ibu dan Bapa Saya | Hari #26; Cabaran 30 Hari Entry

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Menyentuh soal ibu dan bapa ni, mesti hati saya ada terbit rasa sayu terkenangkan arwah ayah. Sebenarnya lebih kepada rasa rindu.

Kalau dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan ibu dan bapa saya, memang tak terbalas dengan dengan segala yang ada di muka bumi ini.

Saya rasa sangat bertuah kerana hasil didikan ibu dan bapalah, kami adik beradik sentiasa bahagia dan aman damai.

Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membahagiakan serta menggembirakan mereka walaupun kita telah berumahtangga.

 

mekah al-mukarromah

 

Saya tahu, ibu saya sentiasa merindui Baitullah walaupun pernah menunaikan haji bersama arwah bapa pada tahun 2012.

Mungkin detik-detik terakhir ibu bersama arwah bapa banyak terakam di sana. Tak sampai dua minggu pulang dari Tanah Suci Mekah, ayahanda tercinta telah kembali ke rahmatullah.

Pergi ayahanda dengan aman, redha bonda dengan tangisan.

Inshaa Allah, memandangkan saya telah berada di dalam Shaklee, yang mana menyediakan peluang untuk trip 6 bintang Umrah, akan saya bawa ibu saya nanti.

Saya nak kasi pengalaman paling best untuk ibu saya, 1st class punya treat gitu 🙂

Buat arwah ayahanda, doa dan sedekah amalan harian sering mengiringi hari-hariku.

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya dalam Shaklee dan kehidupan seharian.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

 Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

Hari #21: Binatang Kesukaan Saya

Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya

Hari #23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya

Hari #24: Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang

 Hari #25: Perkara Yang Menjadi Obsession Saya

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

 

6 Comments

  1. puteri kasih March 22, 2014
  2. Ririn March 22, 2014
    • Naimah Wahab March 23, 2014
  3. Mizz Aiza March 23, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge