Hadiah Terbaik Yang Saya Ingin Beri Kepada Anak-anak/Anak Saudara Saya| Hari #28; Cabaran 30 Hari Entry

Asslamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Anak-anak syurga adalah anugerah yang tidak ternilai kurniaan Allah kepada setiap hamba-Nya yang telah mendirikan mahligai rumahtangga. Anak juga dikatakan menjadi lambang cinta dan pengukuh ikatan hubungan suami isteri.

 

Namun, hadiah yang dititpkan oleh Yang Maha Esa ini perlu dijaga dan dididik dengan sebaik-baiknya mengikut acuan Islam agar mereka tidak menjadi fitnah dunia dan bebanan akhirat kepada kedua ibu bapa.

 

Berkenaan hadiah terbaik yang ingin saya berikan kepada semua anak dan anak saudara saya sudah pastilah ILMU.

 

 

ilmu

 

Nabi Muhammad SAW bersabda:-

“Barangsiapa menginginkan soal-soal berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa ingin kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (HR Bukhari dan Muslim)

 

Nampak kan, betapa pentingnya ilmu ni? Jadi bagaimana saya boleh hadiahkan mereka dengan ilmu? Sudah pastilah kalau nak kasi hadiah berbentuk material, saya akan kasi barangan yang berkaitan dengan ilmu. Di antaranya ialah buku-buku kanak-kanak yang interaktif serta yang menarik seperti tentang alam, anggota badan, mengira, membaca dan sebagainya.

 

Nak hantar ke sekolah terbaik! Ye, saya yakin, ni memang impian semua ibu bapa atau mak dan bapa saudara kan? Kalau kita ada rezeki lebih, apa salahnya menaja anak saudara sendiri kan?

 

Permainan pun, kasi yang bermanfaat seperti lego, puzzle, permainan yang mempunyai bunyi seperti haiwan, zikir dan sebagainya.

 

Sebut pasal mainan ni, sebenarnya tak perlu beli yang mahal-mahal pun, ambil barang kat rumah pun boleh. Kumpul botol atau kotak perbagai saiz, buat game pilih saiz apa, bentuk apa, siap boleh buat bangunan pun. Yang penting, jadikan ianya fun.

 

Saya doakan mereka bakal menjadi pencen kubur kami sebagai ibu bapa mereka. Terus cemerlang dan diberkati dunia dan akhirat. Begitu juga buat semua anak dan anak saudara kalian.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

 Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

Hari #21: Binatang Kesukaan Saya

Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya

Hari #23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya

Hari #24: Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang

Hari #25: Perkara Yang Menjadi Obsession Saya

Hari #26: Hadiah Terbaik Untuk Ibu dan Bapa Saya

Hari #27: Hadiah Terbaik Buat Suami Saya

 

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
SID: 1001144

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge