Hidup Bagaimanakah Menjadi Impian Hati?

Best kan, bangun-bangun pagi jer, boleh buat apa yang kita suka. Lepas solat subuh, siapkan anak sekolah, boleh jogging ke, kemas rumah ke atau join aktiviti kemasyarakatan.




Rasa nak pergi melancong, zup zap zup zap, terus beli tiket dan booking hotel. Bila ada orang memerlukan dana, sain cek atau tak perlu berkira-kira nak menyumbang.


Hidup dengan banyak pilihan. Boleh jer nak pakai Ferrari tapi MyVi juga yang diheret ke sana ke mari


Satu nikmat dunia apabila mempunyai kebebasan kewangan, masa, hutang, pilihan serta tidak terikat dengan orang lain.


Dalam tempoh 5 tahun, dapat beri pendedahan aktiviti persekolahan dan luar yang terbaik, kehidupan yang sederhana dan teratur.


Dalam tempoh 10 tahun, dah ada kewangan kukuh untuk tampung pembelajaran anak-anak, bebas hutang, jalani kehidupan yang lebih tenang dan terurus.


Dalam tempoh 15 tahun, legasi yang kita bina berterusan memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, negara dan agama.


Hidup simple-simple sahaja tapi penuh kemanisan. Yang penting, kesihatan berpanjangan juga satu rezeki yang dianugerahkan.


Walaupun ia seakan angan-angan, tapi kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh, konsisten dan penuh penyerahan padaNya, pasti segalanya boleh menjadi kenyataan.


Naimah Wahab

019-937 7380

Founder of KIM Family

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge