Honey Roasted Chicken With Rosemary & Lemon

Hari Jumaat lepas terasa nak masak ala-ala western gitu. So, saya carilah resipi ayam panggang.

Resipi asal simple jer. Lepas gabung itu ini, maka lahirlah Honey Roasted Chicken With Rosemary & Lemon.

Tu dia, bunyi macam gempak jer. Tapi saya suka rasa dia. Tukar selera sekali sekala apa salahnya kan?

Nama menu nii dah macam bagitau semua bahan-bahan dia jer nih. Kalau tambah black pepper, alamat, panjang berjelalah nama dia 😛

 

IMG_0958.JPG

Jom kita tengok bahan-bahan dia. Bahan-bahan ni saya main anggarkan jer sebab guna hanya 2 keping peha (tight) dan beberapa ketul potongan kecil ayam. Resepi asal selalunya seekor ayam.

 

Bahan-bahan Ayam Panggang Madu Bersama Rosemary & Lemon

2 ketul peha ayam (tight) yang siap dibersihkan

2 sudu besar madu

1 sudu besar jus lemon

2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar (coarse)

2  sudu kecil daun Rosemary segar/kering

1 sudu kecil garam

 

Cara Menyediakan Ayam Panggang Madu Bersama Rosemary & Lemon

Perap ayam dengan semua bahan lain selam 1-2 jam atau lebih lama

Bakar selama 40 minit ke 1 jam di atas rak pembakaran di dalam oven pada suhu 170 – 190 darjah celsius (bergantung kepada kepanasan oven).

Sekiranya menggunakan dulang, balikkan, setiap 30 minit.

Sebaik sahaja masak, keluarkan segera dari oven bagi mengelakkan ayam menjadi kering dan keras.

Dah siap dan boleh dihidangkan 🙂

 

Selamat mencuba!

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

4 Comments

  1. Dr Fattah February 13, 2015
    • Naimah Wahab February 14, 2015
  2. Taukeh July 29, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge