Kesilapan Berdiet; 6 Sebab Berat Tidak Turun

Kita sedang berdiet tapi berat tak turun-turun? Ini menunjukkan yang kita telah mealakukan diet yang salah.

Hakikatnya, ramai pakar menyatakan, walaupun kita sedang berdiet, kita berkemungkinan makan lebih kalori daripada yang kita sangkakan. Biasanya sering berlaku kesilapan antara apa yang kita patut lakukan untuk kurus dengan apa yang kita sebenarnya lakukan bila cuba untuk berdiet.

 

 

punca berat badan tidak turun

 

Jadinya, untuk permulaan, lupakan tentang berdiet. Tapi tumpukan kepada tabiat harian yang menyebabkan berat badan bertambah. Apabila kita terlalu fikirkan tentang diet, ia akan menyebabkan kita terlalu obses terhadap makanan dan akan mudah kecewa sekiranya gagal menurunkan berat badan.

 

Kesilapan Berdiet Yang Sebabkan Berat Badan Tidak Turun

Kesilapan Diet#1: Makan Terlalu Cepat

Kita sering makan dengan lcepat ekorang terlalu sibuk atau mengejar masa. Sedangkan tabiat ini tidak digalakkan.

“Kita perlu amalkan rasa santai, cara makan Eropah, jadi kita boleh menikmati makanan kita, rasa setiap kunyahan, dan mendapat signal kenyang sebelum kita terlebih makan,” kata Tara Gidus, MS, RD, seorang jurucakap kepada Persatuan Diet Amerika.

Tapi sebenarnya, tips ni berkait rapat dengan sunnah Rasulullah SAW, kunyah 40 kali baru telan. Kalau diamalkan, inshaa Allah mesti semuanya beres.

 

Kesilapan Diet#2: Skip Makan

Kajian menunjukkan bahawa orang yang skip sarapan pagi lebih bertambah berat badan berbanding mereka yang mengambil sarapan.

Kesilapan kita adalah, kita menganggap, dengan skip sarapan atau mana-mana waktu makan, kita akan mengurangkan kalori.

Hakikatnya, mana-mana individu yang makan kurang daripada waktu makan utama lebih cenderung untuk mengambil lebih kalori akhirnya.

Sentiasa mulakan dengan sarapan yang sihat setiap hari, tapi berhati-hati memilih.

Sarapan yang sihat sepatutnya mengandungi protein dan fiber. Sebiji telur, sekeping roti bakar gandum penuh dan 1/2 biji grapefruit hanya mempunyai 250 kalori dan boleh membantu kita untuk kenyang sehingga ke tengah hari.

 

Kesilapan Diet#3: Terlalu Banyak Minuman Berkalori

Minuman yang mengndungi tinggi kalori terdiri daripada alkohol, smoothies, kopi bersama krim dan gula, jus yang menganddungi pemanis, tea dan soda. Ini semua memang boleh menyebabkan kita gemuk.

Apabila kita minum minuman ringan ni, ia akan menghilangkandahaga dan tidak menyebabkan rasa lapar.

Justeru itu, bertukarlah kepada air kososng, club soda, susu skim, jus sayur-sayuran dan sebahagian kecil daripada 100% jus buah-buahan.

 

Kesilapan Diet#4: Protion Makan Terlebih Besar

Biasanya kita sering menggunakan portion yang besar ketika kita makan di restoren untuk menyediakan makanan yang sama di rumah. Sangkaan kita itu adalah normal, padahal, silap sama sekali.

Pakar mencadangkan beberapa triks untuk mengecilkan portion kita iaitu:-

  • Tinggalkan beberapa suap di dalam pinggan
  • Guna pinggan atau magkuk yang lebih kecil
  • Check portion kita menggunakan sukatan

 

Kesilapan Diet#5: Mengambil Add-On Yang Tidak Sihat

Bukan hanya portion yang menyebabkan berat badan bertambah, tapi kita sering menambah sesuatu ke dalam salad atau makanan kegemaran kita seperti topping tinggi lemak, contohnya bacon, cheese, croutons, dan kuah berkrim.

 

Kesilapan Diet#6: Makan Tanpa Sedar

“Eating Amnesia” adalah tindakan yang tanpa disedari memasukkan tangan ke mulut (makan), biasanya daripada beg atau kotak makanan di hadapan tv, sewaktu membaca.’

Ia juga berlaku sewaktu masa santai atau sewaktu kita menghabiskan beberapa suap daripada makanan anak kita.

Bagi mengelakkan tabiat ni, pertamanya, cuba untuk keluar daripada kebiasaaan makan bila kita selalu duduk atau relax.

Cuba secawan teh, segelas air kosong, atau mengunyah gula-gula getah tanpa gula.

Jika kita inginkan snek, sediakan portion kecil di dalam beg atau bekas makanan.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

4 Comments

  1. Hero Borneo April 28, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge