Kuasa Protein & Pengurangan Karbohidrat; Bagaimana Ia Bantu Mengawal Berat Badan?

Protein menjadi salah satu eleman yang agak penting dalam proses diet atau penurunan berat badan kerana ia berkait rapat dengan proses pengawalan insulin. Insulin pula merupakan hormon induk (utama) untuk metabolisma tubuh manusia yang membantu mengawal tekanan darah, kolestrol, trigliserida dan penyimpanan lemak.

 

cara kurus dengan mudah

 

cara kurus dengan mudah

Soya adalah antara sumber protein yang sangat baik

 

Para penyelidik telah lama mengetahui bahawa karbohidrat akan menyebabkan badan menghasilkan insulin. Kadar insulin yang terlalu tinggi akan menghalang pemecahan lemak di dalam badan.

Sebaliknya, jika pengambilan karbohidrat adalah rendah, simpanan insulin dalam badan juga akan menjadi rendah. Seterusnya ia akan merangsang hormon pengimbang, glucagon untuk memberi tenaga kepada badan daripada lemak yang disimpan. Lama-kelamaan, berat badan akan berkurangan.

 

 

cara kurus dengan mudah

 

 

Jika kita mengalami berat badan berlebihan dan mengamalkan pengambilan karbohidrat dan kalori yang terhad, badan kita boleh berada pada tahap ketosis.

Ketosis adalah proses metabolik biasa, keadaan yang mana badan terus berkerja. Bila badan tidak cukup karbohidrat daripada makanan untuk memberi tenaga kepada sel, ia akan membakar lemak. Sebagai sebahagian daripada proses ini, ia akan menghasilkan keton.

Jika kita seorang yang sihat dan mengambil diet yang seimbang, badan kita akan bertindak mengawal berapa banyak jumlah lemak yang akan dibakar. Dalam keadaan ini, kita biasanya tidak menghasilkan atau menggunakan keton.

Namun, sekiranya kita mengurangkan kadar kalori dan karbohidrat, badan kita akan menggunakan proses ketosis untuk mendapatkan tenaga.

Ia juga boleh berlaku selepas kita menjalani senaman dalam tempoh yang agak lama atau semasa mengandung.

Bagi pesakit diabetes yang tidak terkawal, ketosis adalah tanda badan tidak menggunakn insulin yang cukup.

Namun demikian, ketosis boleh menjadi berbahaya apabila keton dihasilkan tanpa had. Tahap keton yang tinggi menyebabkan dehidrasi dan perubahan keseimbangan kimia terhadap darah kita.

Apa yang paling penting, kita perlu faham mengapa kita nak kurangkan pengambilan kalori atau karbohidrat. Bukan menyekat terus pengambilan kedua-duanya kerana masih diperlukan oleh badan sebagai sumber tenaga.

Fahami juga keadaan tubuh kita. Nak kurus, nak cantik, jangan sampai memudaratkan kesihatan. Pengawalan tu perlu tapi biar berpatutan dan dilakukan sewajarnya serta dengan ilmu.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

5 Comments

  1. efie muhamad September 10, 2015
    • Naimah Wahab September 13, 2015
      • Lina July 22, 2016
  2. Niza Yusof September 10, 2015
    • Naimah Wahab September 13, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge