Makanan Pesakit Batu Karang Perlu Elak Untuk Cegah Jadi Kronik

Apabila seseorang tu telah disahkan mengidap batu karang, salah satu perkara yang sangat penting untuk dijaga ialah pemakanan.

Selain daripada mengamalkan makanan yang sangat bagus untuk pesakit batu karang agar masalah yang dihadapi dapat diatasi disamping mencegah daripada serangan batu karang berulang, makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit batu karang juga perlu dikenalpasti.

 

| Baca Juga Cara Hilangkan Batu Karang Agar Buah Pinggang Tidak Rosak

 

Ye lah kan, dah elok ambil makanan yang bagus bagi pesakit batu karang, tapi pada masa yang sama, tetap tak berpantang dengan makanan penyumbang kepada pembentukan batu karang, usaha nak sihat ni macam sia-sia jelah.

Sebabnya, bila dah ada sumber bahan-bahan untuk pembentukan batu karang ni, masalah takkan selesai dan batu karang semakin sukar untuk disingkirkan daripada badan.

 

 

Makanan Yang Perlu Dielakkan Pesakit Batu Karang

 

1) Makanan Tinggi Garam

 

 

makanan penyebab batu karang

 

Pengambilan garam yang tinggi serta berlebihan boleh meningkatkan kadar kehilangan kalsium daripada air kencing. Keadaan ini menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan batu karang.

Ini kerana, apabila kalsium tidak dapat diserap ke dalam air kencing, kalsium tadi akan berkumpul di dalam pundi kencing.

Kalsium yang bercampur dengan bahan lain, contohnya oxalate akan membentuk kristal dan menjadi batu.

 

 

2) Makanan Tinggi Oxalate

 

 

 

Bagi pengidap batu karang jenis oxalate pula, mereka harus menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan oxalate.

Di antara contoh makanan yang tinggi oxalate ialah saleri, lobak merah, teh, kacang, koko, kopi, parsley, bayam, saleri, anggur, kale, lada hitam dan ubi keledek.

 

 

3) Makanan Tinggi Purin

 

 

 

 

Purin (merupakan sebatian kimia tertentu yang diperolehi daripada beberapa jenis makanan) dipecahkan kepada Asid Urik.

Diet yang tinggi purin daripada sumber makanan tertentu boleh meningkatkan tahap asid urik di dalam badan kita.

Jika telah diserang batu karang jenis asid urik ni, pesakit perlu berpantang daripada mengambil makanan bersumberkan purin ni.

Biasanya purin yang menyebabkan kandungan asid urik yang tinggi di dalam tubuh datangnya daripada sumber daging dan makanan laut (seafood).

 

 

 

4) Alkohol

Alkohol perlu dielakkan oleh pengidap batu karang.

Ini kerana alkohol akan meningkatkan kadar kalsium, asid urik dan fosfat di dalam air kencing yang sering menjadi punca terjadinya batu karang.

Pada masa yang sama juga, alkohol akan merendahkan tahap Magnesium dan Vitamin B6 yang sangat penting dalam mencegah pembentukan batu karang.

 

 

5) Kafein

 

 

makanan penyebab batu karang

 

 

Kafein akan meningkatkan Kalsium di dalam air kencing.

Selain daripada itu, kafein juga akan menganggu penyerapan zat makanan ke dalam tubuh. Dengan erti kata lain, kafein akan menyebabkan zat tidak dapat diserap secara optimum oleh badan kita.

 

 

6) Cadmium

Cadmium yang berlebihan dalam badan juga sering menjadi punca terbentuknya batu karanag.

Sumber makanan yang mengandungi cadmium biasanya datang dari sumber tanah seperti tembakau, beras, bijirin, kentang dan beberapa jenis sayur-sayuran.

Cadmium turut dijumpai di dalam daging terutamanya hati dan buah pinggang.

 

 

7) L-Cystine

Sekiranya mempunyai sejarah atau latar belakang keluarga yang mempunyai masalah batu karang, sangatlah disyorkan agar anda mengelakkan atau menghindari diri daripada sumber makanan yang mengandungi asid amino L-Cystine.

Makanan yang mengandungi L-cystine yang tinggi terdiri daripada kacang soya, daging lembu, kambing, biji bunga matahari, ayam, oat, daging babi, keju, telur, ikan, kekacang dan kamut (sejenis bijirin).

 

| Baca Juga Makanan Yang Disyorkan Kepada Pesakit Batu Karang

 

Jadi, berhati-hati dalam memilih makanan harian jika diri pernah atau sedang diserang batu karang. Sekali terkena, risiko untuk batu karang terbentuk berulang kali adalah lebih tinggi.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge