Mee Calong Istimewa Yang Semakin Sukar Dijumpai Di Pasar Malam

Mee atau Bihun Calong ni adalah salah satu menu yang nampak sangat simple tapi selalu menjadi pilihan sewaktu ke pasar malam pada zaman muda remaja dulu. Pasar malam kat sini selalunya bermula pada petang Isnin dan Khamis.

Sekarang ni masih muda tapi dah jadi muda belia…haha…cumanya mee calong yang pernah kami makan dulu agak sukar nak jumpa kat pasar malam.

Minggu lepas masa call mak (seminggu ada 4-5 kali call, malah hampir setiap hari, kalah duk overseas…kikiki), saya bercakap dengan adik. Dalam borak-borak tu, beliau kata yang diaorang try buat mee calong. Simple jer caranya tapi sedap. Ini bikin mak buyung terliur jer. Lepas tu siap cakap, kalau saya jadi balik minggu ni, plan nak buat mee calong dengan pegedil lagi…walllah.

Nak dijadikan cerita, memang kitaorang perlu balik sebab suami ada urusan kat kampung ni. Kitaorang dah sampai dalam pukul 3.30 pagi tadi kat rumah mertua saya. Bila dah tengah hari tu, baru ke rumah mak saya.

Jadi, harini memang adik dan mak saya buatkan mee calong. Agak istimewa berbanding yang jual kat pasar malam tu sebab didatangkan sekali dengan pegedil dan sos kicap pedas.

Hehehe…pegedil ni sajer jer nak tambah. Resipi asalnya memang takde pun pegedil.

 

 

Menu Terengganu

Mewah terasa dengan taburan taugeh rangup, daun sup dan daun bawang, ayam garing, sos kicap meletop dan fish ball serta fish cake sampai tenggelam mee kuningnya…perghh…hehe

 

Bahan-bahan Mee Calong Istimewa

1 paket mee kuning dicelur/direndam dengan air panas seketika.

2 ketul dada ayam

Taugeh

Bawang goreng

Daun sup dan daun bawang yang dipotong halus

Nota: Boleh gantikan mee kuning dengan mee lidi, bihun, kuey teaw atau sebarang mee yang disukai. Juga boleh menambah tauhu goreng jika suka.

 

 

Bahan-bahan Kuah Mee Calong

8 biji bawang merah

6 ulas bawang putih

1 sudu besar lada hitam

1 bunjut rempah sup

rempah 4 beradik:-

  • 6 biji buah pelaga,
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 2 batang kulit kayu manis (saiz jari kelingking)
  • 1 kuntum bunga lawang

Garam

Gula melaka

 

 

Bahan-bahan Pegedil Mee Calong

6 biji ubi kentang sederhana besar

2 cawan daging lembu bahagian isi

6 ulas bawang putih

2 liter air bertapis

Daun bawang

1 sudu kecil lada sulah

1 sudu kecil garam/secukup rasa

1 sudu besar mentega

4 sudu besar bawang goreng

Telur untuk menggoreng

 

Bahan-bahan Sos Kicap Pedas Mee Calong

1 ulas bawang putih

10 biji cili padi

1 cawan kicap manis

2 biji limau nipis/5 biji limau kasturi

 

Cara Sediakan Kuah Mee Calong

  1. Bawang merah dihiris nipis dan bawang putih diketuk
  2. Tumiskan bawang bersama rempah 4 beradik sehingga bawang kekuningan
  3. Masukkan air
  4. Masukkan sup bunjut
  5. Masukkan dada ayam. Setelah masak, keluarkan dari kuah (Rujuk cara sediakan ayam)
  6. Fish ball dipotong 2 dan fish cake dipotong nipis.
  7. Masukkan fish ball dan fish cake ke dalam kuah.
  8. Masukkan garam dan gula melaka secukup rasa.

 

Cara Sediakan Ayam Mee Calong

  1. Dada ayam yang telah direbus di dalam kuah, diangkat, kemudian disalut dengan garam
  2. Goreng garing ayam tersebut
  3. Siat-siat daging ayam
  4. Ketepikan

 

Cara Sediakan Pegedil Mee Calong

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak, kupas kulit, lenyek/tumbuk sehingga hancur, ketepikan.
  2. Daging dikisar.
  3. Masukkan bawang putih yang ditumbuk lumat, daun bawang yang dihiris halus, mentega, bawang goreng, daging kisar, garam dan lada sulah secukup rasa ke dalam kentang lenyek.
  4. Bentukkan pegedil berbentuk bulat leper.
  5. Pukul telur ayam.
  6. Panaskan kuali dan minyak masak.
  7. Salut pegedil dengan telur dan goreng sehingga garing.

NOTA: Pegedil yang lebih boleh yang telah dibentuk boleh disimpan di dalam bahagaian peti sejuk beku tanpa disalut telur terlebih dahulu.

Pegedil boleh disediakan lebih awal beberapa hari dan disimpan di bahagian sejuk beku. Lagi mudah dan cepat 🙂

Jangan kisar (blend) ubi kentang kerana akan sebabkan ia menjadi lembik serta rasa kurang enak.

 

Cara Sediakan Kicap Pedas Mee Calong

  1. Kisar cili padi, bawang putih bersama kicap manis.
  2. Pecah limau nipis/limau kasturi.

 

Cadangan Hidangan

  1. Letakkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk/pinggan yang agak dalam.
  2. Taburkan ayam goreng yang disiat
  3. Taburkan taugeh segar
  4. Susun pegedil
  5. Tuang kuah yang masih panas
  6. Taburkan daun sup
  7. Masukkan sos kicap pedas.
  8. Sedia untuk menjamu selera 🙂

 

 

Bergambar bersama kuih raya. Kan masih bulan Syawal...hehe

Bergambar bersama kuih raya. Kan masih bulan Syawal…hehe

 

Cubalah resipi mee calong istimewa ni. Pasti tak menyesal. Incik suami pun ada minta buatkan lagi. Den perlu cari bahan- bahan dia dulu. Selain pegedil, yang lain tu, main campak-campak jer. Pegedil tak nak buat pun takpe, tapi kalau buat, memang sangat sedap 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

3 Comments

  1. titan August 17, 2015
    • Naimah Wahab August 18, 2015
    • Naimah Wahab September 5, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge