Pengganti Gula Pasir Putih Yang Lebih Menyihatkan

Gula sebenarnya merupakan karbohidrat. Sumber penting tenaga. Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu terlalu risau jika tidak mengambil gula kerana semua makanan yang diambil sudah mengandungi gula karbohidrat, sama ada dalam bentuk semulajadi atau diproses.

Cuma sejak dulu, gula putih ni memang macam dah tak  boleh nak elak dari tak diambil setiap hari kan? Tapi ramai dah sedia maklum yang gula putih bertapis atau yang dah diproses ni boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar terhadap kesihatan kita. Apatah lagi kalau diambil secara berlebihan.

 

 

bahaya gula bertapis

 

Jadi, kalau kita nak elak atau kurangkan pengambilan gula putih macam mana? Sememangnya terdapat beberapa pilihan pemanis semulajadi yang boleh diamalkan oleh kita bagi menggantikan gula putih yang tinggi kalori tapi tidak mengandungi zat.

 

Pengganti Gula Putih Yang Semulajadi

 

1) Madu

Madu terutamanya madu asli merupakan pemanis semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat serta tinggi  kandungan vitamin dan mineral. Madu juga sangat bermanfaat mengurangkan rasa cemas serta mengatasi gangguan pencernaan.

Madu juga sangat sesuai dicampurkan ke dalam adunan kuih atau dimakan bersama semangkuk oat yang biasanya dijadikan sarapan.

Di samping, madu turut dikatakan baik untuk menjaga kesihatan jantung dan mengawal berat badan.

 

2) Gula Merah/Nira

Gula merah diperbuat daripada getah yang diekstrak dari pokok kelapa dan ada sebahagiannya daripada pokok tebu. Gula nira sama seperti gula merah (gula melaka), yang sering digunakan di dalam adunan makanan. Kalau Terengganu, gula merah ni dikenali sebagai nisan (daripada kelapa).

Gula merah kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium, potasium, zat besi yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

 

3) Sirap Maple

Sirap maple diekstrak secara langsung darpada getah pokok maple. Sirap maple mengandungi zink, magnesium dan besi yang sangat bermanfaat  dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Sirap maple juga mengandungi antioksidan yang boleh bertindak sebagai agen anti-kanser, anti-bakteria dan mencegah diabetes (anti-diabetes).

Pesakit diabetes disyorkan mengambil sirap maple berbanding madu dan gula putih.

Sirap maple yang mengandungi zat quebecol sangat bermanfaat mencegah beberapa jenis penyakit seperti diabetes, alzheimer, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain akibat bakteria.

 

4) Kelapa

Walaupun kelapa ni taklah semanis gula, namun kelapa boleh menjadi salah satu alternatif pengganti gula. Cumanya tak sesuailah pulak nak taruk kelapa dalam teh atau kopi, haruuuu!!!!

Tapi terdapat beberapa jenis kuih muih dan hidangan seperti gula melaka, kuih kasui, pulut dan sebagainya yang menjadi semakin enak apabila dicampur kelapa parut.

 

Walaupun terdapat alternatif terhadap gula putih, namun pengambilannya perlulah secara sederhana dan terkawal. Apa-apa sahaja sekalipun, sekiranya bermanfaat, namun jika diambil secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan juga akhirnya.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

13 Comments

  1. puan pink March 4, 2016
  2. Raihanah Ahmad March 7, 2016
    • Naimah Wahab March 8, 2016
  3. cik tom March 8, 2016
  4. titan March 8, 2016
  5. Noriza Rahman March 11, 2016
  6. Afiqah March 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge