Perancangan Bulanan Jika Income 1 Juta Sebulan | Hari #13; Cabaran 30 Hari Entry

Menjadi jutawan saya kira adalah impian setiap orang kan? Yang membezakannya hanya bagaimana cara kita menguruskan wang tersebut, betul tak?

jutawan-billionaire

Banyaknya perkara yang boleh dan hendak dibuat dengan duit 1 juta yang diperolehi bulanan kan? Di antara perancangan saya ialah:

 

Zakat

jutawan-billionaire

Inshaa Allah, zakat adalah peratusan pertama yang akan saya asingkan daripada pendapatan saya. Zakat itukan sebagai penyuci harta. Lagipun keberkatan dalam hidup adalah sangat penting.

Kalau kita ni harta bertimbun sekalipun tapi tak berkat, maka sia-sialah apa yang kita ada. Bila-bila masa harta boleh hilang tanpa diduga seperti rumah terbakar, kenderaan dicuri dan musibah penyakit. Semuanya memerlukan wang yang banyak untuk proses pemulihan semula.

 

Keluarga

Keluarga turut menjadi antarai keutamaan saya. Saya ada surprise untuk suami tapi tak boleh tulis kat sini, nanti beliau baca…hehe.

Saya bercadang untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah terbaik di Malaysia. Di samping itu, saya harap dapat memasukkan mereka ke kelas-kelas aktiviti yang merangsang perkembangan minda serta fizikal mereka. Kelas memanah, berenang, berkuda dan yang mereka minati.

Kalau anak yang masih kecil, saya bercadang menghantar mereka ke play school session. Mereka akan belajar dalam bermain. Jadi tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya belajar ketika bermain dengan peralatan pendidikan yang menyeronokkan.

Selain daripada itu, saya nak renovate lagi rumah mak. Nak tambah satu toilet lagi khas kat bilik mak walaupun rumah dah ada 3 toilet atau mana-mana bahagian yang mak saya rasa nak ubah ke :).

Di samping itu, saya bercadang untuk membeli 2 MPV (Toyota Estima). Satu untuk kegunaan kami, satu untuk mak.

 

Tajaan Pendidikan

jutawan-billionaire

Sebenarnya ini adalah impian suami juga. Menaja pelajar terutama aliran agama kerana mereka agak sukar mendapat tajaan untuk menyambungkan pelajaran, apatah lagi ke luar negara. Kalau boleh, tajaan tu sehingga mereka tamat pengajian. Selain daripada itu, anak-anak yatim turut diberikan keutamaan.

 

Myliferia Infaq

Myliferia Infaq merupakan tabung dana kebajikan untuk mereka yang memerlukan sebarang bantuan seperti apabila berlaku kematian, bencana alam, kebakaran serta sebarang musibah. Boleh menjadi petty cash bagi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Siaran Kanak-kanak

jutawan-billionaire

Perasan tak anak-anak moden lebih suka dengan gajet dan menenonton televisyen? Masa pun banyak di dalam rumah. Perangai dan tindakan mereka pun banyak dipengaruhi oleh apa yang mereka tonton.

Saya harap saya dapat menerbitkan rancangan bayi dan kanak-kanak yang berkonsepkan Multilanguage Infants & Kids Islamic Channel serta Playschool Channel. Ianya hanya melibatkan siaran bayi dan kanak-kanak sahaja termasuk iklan.

Kenapa golongan ini yang saya tekankan? Untuk makluman semua, perkembangan minda yang paling pesat berlaku di dalam lingkungan umur 5 tahun ke bawah. Saat-saat kritikal dan genting ini perlu kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk mendedahkan anak-anak syurga kita dengan segala intipati dan nilai serta perkara positif.

Gabungan nilai agama dan acuan akhlak terpuji beserta ilmu moden, in shaa Allah, akan lahirlah insan yang bersahsiah tinggi.

 

Tajaan Haji

Bermula dengan beberapa orang yang tidak mampu menunaikan haji terutama orang yang telah berusia, sehingga, kalau boleh, ingin saya menaja sebuah kapal terbang untuk jemaah haji.

Menyenaraikan perancangan sahaja pun dah buat kita tersenyum panjang. Apatah lagi kalau memang betul-betul dapat, kan?

Semoga Allah perkenankan perancangan saya ini. Ameeennn 🙂

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

Terima kasih :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge