Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya | Hari #18; Cabaran 30 Hari Entry

Kali ini part motivasi untuk diri sendiri. Walaupun rasa macam perasan bagus jer, tapi sebenarnya kita patut ada rasa yakin diri serta sentiasa positif tentang diri-sendiri.

 

positive thinking

Saya perlu  scan diri sendiri ni berhubung 3 perkara yang saya sukakan tentang diri saya. Hasilnya, perkara tersebut ialah:-

 

Mudah Didekati

Saya ni kalau orang tak kenal, mungkin orang nampak macam pendiam. Tapi saya sebenarnya jenis mesra alam punya orang….hehehe. Peramah pun ye.

Cuma saya takdelah nak beramah-mesra dengan orang yang tidak dikenali. Karang semacam pulak orang tengok.

 

Bakat Kaunseling

Saya memang meminati bidang psikologi dan kaunseling. Walaupun tidak berada di dalam bidang tersebut, saya sering menjadi tempat untuk meluahkan perasaan sejak dari dahulu sehingga sekarang.

Pernah sewaktu saya di universiti dahulu, seorang senior meluahkan dan berkongsi masalah keluarganya tanpa saya bertanya. Kawan-kawan yang berada di dalam keadaan dilema tentang sesuatu pun ada merujuk kepada saya.

Selalunya saya tidak mencadangkan jalan penyelesaian kepada mereka. Saya biasanya suka membawa mereka berfikir tentang baik buruk serta priority pilihan yang melibatkan keputusan yang bakal diambil nanti.

Kenapa? Sebab, keputusan yang sama mungkin mendatangkan kesan yang berbeza bersesuaian dengan kehidupan masing-masing.

 

Menjaga Rahsia

Kalau bab-bab rahsia ni, kalau orang dah bagitau “tolong rahsiakan”, inshaa Allah saya akan simpan kemas-kemas. Pada saya, apabila seseorang berkongsi rahsia dengan kita, bermakna kepercayaan yang diletakkan pada kita adalah sangat tinggi.

Jadi, amatlah penting untuk kita menjaga setiap kepercayaan tersebut. Andai kata kepercayaan sudah tiada, nak dapatkannya kembali bukanlah mudah.

Gabungan menjaga rahsia dan mudah mesra menjadikan diri seseorang itu mudah didekati dah dipercayai oleh orang lain. Apabila mendapat kepercayaan seseorang, itu petanda diri anda adalah penting.

Oke, dah cukup 3 perkara. Karang kalau panjang-panjang, ada yang sebu perut pulak…hehehe

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

 

4 Comments

  1. cik tom February 12, 2014
  2. QZ92 February 13, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge