Puding Roti Bakar Simple & Segera

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸ™‚

 

Kebetulan musim cuti sekolah ni, jadi adik saya ada datang ke sini. Mula-mula beliau pergi ke rumah kakak saya, lepas tu, hari Selasa lepas, beliau bersama anak-anak kakak 2 orang datang tidur di rumah saya.

 

Jadi semalam, hari Rabu,Β  saya bawa diaorang pergi berjalan ke rumah mak saudara yang berdekatan. Saya dah berkira-kira dari awal lagi, nak try buat puding roti bakar. Dalam kepala ni ingat-ingat lupa jer bahan-bahan utama seperti roti, susu cair, telur dan kismis.

 

Ok, semua dah ada kat rumah. Plannya nak pergi tengah hari. Dekat pukul 10 pagi tu, baru duk google resepi, sekali, resepi pertama ada tepung kastard. Hah sudah, mana cheq ada tepung kastard. Lepas tu tanya lagi pakcik Google.

 

Akhirnya, buat resepi gabungan campur dengan resepi sendiri…hehehe

 

Sebelum tu, nak tayang gambar puding roti tu dulu….taaaraaaaa…. πŸ˜€

 

 

Puding Roti bakar1

 

 

Nampak sedap tak? Resepinya ialah:-

 

Bahan-bahan

 

  • 8 keping roti putih (lain kali mungkin boleh try yang wholegrain, lagi sihat kan?)
  • 500 ml susu segar/susu cair/susu tepung
  • 2 sudu besar kismis hitam
  • 2 sudu besar badam panggang yang ditumbuk kasar
  • 2 biji telur ayam**
  • 2 sudu besar tepung jagung**
  • 4 sudu besar gula halus**
  • 4 sudu besar butter**
  • 1 sudu kecil asen vanila**

 

Cara-cara Membuatnya

 

  1. Susun roti di atas bekas pembakar
  2. Tuang susu di atas roti tadi dan biarkan terendam dan menjadi kembang selama 30 minit
  3. Campur dan sebatikan bahan-bahan bertanda **.
  4. Selepas 30 minit, tuangkan sebatian bertanda ** ke atas roti tadi.
  5. Tabur kismis dan badam
  6. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit atau sehingga masak.

 

Saya pun sebenarnya tak tahu lah nasib puding roti bakar pada mula-mulanya ni. Kiranya bahan-bahan pun main campak-campak jugak.

 

Sekali, sebelum balik, mak saudara cakap, nanti kalau dia buat jamuan, nak minta saya buatkan puding tu. Wahhhh….Alhamdulillah, menjadi jugak akhirnya.

 

Memang tak sangka betul, saya ingatkan puding roti bakar tu dah tak jadi, sekali digemari pulak πŸ™‚

 

iR Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge