Resipi Aiskrim Viral Sihat Tahun Baru

Assalamualaikum, hi, apa khabar semua pengunjung myliferia.com. KIM nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019! Maaf lama menyepi. Sebagai hadiah istimewa buat semua pengunjung yang sudi menjengah ke sini, nanti KIM kongsikan resipi Aiskrim Sihat Viral buat semua.

Sebenarnya anak ketiga KIM ni, si Afif, suka sangat makan aiskrim. Pantang pergi kedai atau singgah Petronas, mesti minta belikan aiskrim. Bukan nak berkira, tapi memikirkan kandungan gula dan bahan-bahan tambahan lain yang agak tinggi, naik risau juga hati seorang ibu kan.

Jadi, terhasil aiskrim yang KIM DIY kan dengan diberi nama Mix Fruits With Yougurt Popsicles dan Mix Fruits With Lychee Popsicles.

Class tak nama depa?😁😁😁

Inilah rupa depa. Menggiurkan tak? Tambahan di kala cuaca yang agak membahang. Ngap terus dua-dua batang aiskrim ni….hehehe

Mudah jer nak buat askrim ni.

Potong buah strawberi, anggur pelbagai warna, limau (kiwi KIM lupa beli) kecil-kecil.

Masukkan dalam bekas aiskrim atau kalau gigih, masukkan dalam plastik ais krim Malaysia tu.

Satu letak plain yogurt drink, satu lagi letak lychee juice. Yang ni tambah rambutan.

Nak letak buah lain pun boleh.

Mudah kan? Yang penting segar dan lebih berkhasiat. Anak-anak duk merengek nak beli aiskrim kat kedai, bagitau jer aiskrim kat rumah dah ada😂😂😂

KIM memang buat beberapa set aiskrim ni tapi ada yang kena sembunyikan kat belakang bekas dalam peti sejuk. Kalau tak, mau sekali hadap diaorang habiskan. Nak-nak hero ketiga tu haaa….

So, sempena tahun baru ni kan, kita cuba perbaiki diri kita dari segala sudut, bukan target bisnes atau kerja sahaja, tapi kehidupan seharian kita.

Tak dapat buat semua, buat suku dulu, tak dapat buat banyak-banyak, buat sikit-sikit dahulu.

Kita usahakan untuk ubah semua ke arah yang lebih baik, tak kiralah kehidupan seharian, kewangan, hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan juga kesihatan, ok?

Jumpa lagi.

Salam sayang,

Naimah Wahab

019-937 7380

SID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge