Resipi Bebola Daging Berkeju Kuasa 4 Super Mudah & Berkhasiat

Ini bukanlah siri terbaru cerita Boboiboy ye. Tapi resipi homemade cheesy meatball yang agak propa dan bakal buat semua orang tak sabo-sabo nak try. Percaya tak? Hehehe

Kisahnya (asyik ada kisah jer sokmo, nak masak je kot?), sebelum tu kami pergi shopping kat Alamanda dan saya grab lah kiub keju mozarella.

Memang sajer beli sebab ingat nak buat ala-ala cheese pizza kegemaran Kashful.

Dah habis keju mozarella tu, nak beli lah lagi. Lepas tu, pergi beli barang dapur lagi kat kedai biasa.

Dalam duk kalut-kalut tu, mintaklah keju dengan pekerja kedai tu. Tup-tup, sampai rumah, bukan si mozarella, tapi si cheddar. Adeh, camne boleh silap? Maybe saya tersalah mintak kot.

Daging kisar dah beli sebab plan nak buat bebola daging yang ada keju kat tengah tu.

Tapi, dah salah keju, buatlah ikut menu pada kotak keju tu tapi ada ubahsuai sikit ikut kesuaian bahan-bahan yang ada.

Panjang lah pulok kisahnya, hehehe. Jommmss kita masak!

 

Bahan-bahan Bebola Daging Berkeju

  • 1 pek daging kisar (Ramly)
  • 1/3 kiub keju cheddar diparut
  • 2 pohon daun bawang dipotong halus
  • 1 pohon daun sup dipotong halus
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk cili kalau suka pedas
  • 1/2 biji bawang besar kuning dipotong dadu
  • 1 inci lobak merah potong/cincang halus jika suka
  • 1 sb minyak zaitun/kelapa

 

 

Cara Menyediakan Bebola Daging Berkeju

  1. Panaskan minyak zaitun/kelapa.
  2. Masukkan semua bahan tadi dalam mangkuk besar
  3. Gaul sebati.
  4. Bentukkan bentuk bebola.
  5. Goreng hingga kekuningan.
  6. Siap dan dah boleh ngap!

 

 

Homemade Cheese Meatball

 

Homemade Cheese Meatball

 

 

Tips Masakan Bebola Daging Berkeju

  • Tak perlu tambah garam kerana keju telah sedia masin
  • Boleh dipanggang jika suka
  • Boleh tambah sedikit hirisan daun ketumbar
  • Jika buat dalam jumlah yang banyak untuk disimpan, bentukkan mengikut saiz yang dikehendaki dan simpan di dalam freezer. Kalau tak sempat, simpan jer lebihan daging yang belum dimasak ke dalam freezer, nanti nyahbeku balik, lepas tu, masaklah ikut menu yang kita suka. Nak lagi bagus, simpan ikut portion masakan.

 

 

Macam Mana Boleh Jadi Bebola Daging Berkeju Kuasa 4?

Hehehe, inilah jawapannya:-

 

 

Homemade Cheese Meatball

Burger Bebola Daging Berkeju Telur Permata (panjang bebenor nama dia…hahaha) incik suami punya. Taruk jugak sos lada hitam, sos cili dan mayonis. Bawah tu letak juga hirisan timun, tomato dan daun salad. (Cheat day eating maaa)

 

Homemade Cheese Meatball

Saya punya tambah hirisan bawang merah segar. Krup krap kruk krap, dapnyer…

 

Homemade Cheese Meatball

Nasi Goreng Bebola Daging Berkeju

 

Homemade Cheese Meatball

Tambah telur mata kasi lagi feel. Keropok keping jer tak goreng lagi masa nih.

 

Homemade Cheese Meatball

Buat 1/2 saiz bebola daging berkeju sedia ada.

 

Homemade Cheese Meatball

Terhasillah Sup Sayur Campur Bebola Daging Berkeju pulak 🙂

 

Daripada 1 jer resipi yang berlaku secara tak sengaja, terus dapat buat 3 lagi menu yang berlaian. Jumlahnya jadi 4 jenis makanan yang boleh dimakan pada hari yang berbeza. Kalau sempat buat bebola daging omelet ke atau murtabak bebola daging berkeju, wallah! Tak ke senang jer nak masak ni. Resipi campak-campak, toing!!! Dapat hidangan untuk seminggu…kekekeke

Selamat mencuba ye 😀

 

Berminat nak join group detoks parasit di bawah kelolaan saya?

Whatapps ke 019-9377380

Jom kita detoks parasit ramai-ramai:)

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

 

 

2 Comments

  1. Afiqah April 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge