Resipi Bubur Lambuk Terengganu Versi Ringkas Menu Wajib Bulan Puasa

Bubur lambuk memang menjadi salah satu menu yang sangat popular pada bulan puasa ni. Lain tempat, lain bahan-bahan utamanya. Mungkin cara penyediaannya pun sedikit berbeza.

Kalau di sebelah pantai barat, bubur lambuk Kampung Baru yang sering menjadi rebutan. Sewaktu saya belajar di Johor Bharu dulu, bubur lambuk diaorang siap ada kekacang lagi.

Kalau di Terengganu, di antara bahan utama bubur lambuk adalah pucuk-pucuk daun kayu dan ulam-ulaman. Selalunya dimasukkan pucuk midding (sejenis daun kayu yang ala-ala daun kesum tapi batang dan daunnya lebih kasar dan lebar), pucuk betik, pucuk ubi dan macam-macam lagilah.

Tapi saya nak kongsi resipi bubur lambuk Terengganu. Dah tinggal di luar kawasan, jadi resipi pun takdelah ikut 100% yang asal. Banyak pucuk daun dan ulaman yang tiada. Macam biasalah, resipi campak-campak, main anggar jer nih, tapi inshaa Allah senang nak jadi.

 

Menu berbuka puasa dengan bbubur lambuk Terengganu

 

Bahan-bahan Bubur Lambuk Terengganu (6-8 orang makan)

2 pot Beras Jasmin (Bukan Basmathi)

4 ekor ikan sardin/selar/kembung sederhana besar

1 sudu kecil lada hitam tumbuk

1-2 biji bawang besar merah

1″ halia

Sebatang serai

1 keping asam gelugur (asan keping)

1 kotak kecil santan

Garam secukup rasa

Sebiji ubi keledek oren sederhana besar

1 batang serai

2 ikat kangkung

2 ikat daun kesum

3-4 helai daun kunyit

Sos bilis a.k.a budu

Cili padi

 

Cara Menyediakan Bubur Lambuk Terengganu

  1. Rebus beras yang telah dicuci sehingga lembut
  2. Pada masa yang sama rebus/kukus/panggang ikan yang telah dibersihkan bersama garam dan asam keping. Kalau panggang ikan, hanya sapu sedikit garam. Kemudian asingkan isi daripada tulang.
  3. Apabila beras telah bertukar menjadi bubur, masukkan potongan ubi keledek yang telah dipotong kecil.
  4. Kisar isi ikan bersama bawang dan halia. Masukkan ke dalam bubur.
  5. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus.
  6. Masukkan serai yang telah diketuk.
  7. Masukkan kangkung yang dipotong kecil, daun kesum yang diambil sehelai-sehelai dari batang serta daun kunyit yang dicarik-carikkan tau dipotong kecil.
  8. Jika air mula mengering, tambah air masak/panas sehingga kurang kepekatan bubur.
  9. Masukkan santan
  10. Masukkan garam secukup rasa
  11. Jika suka, sangat enak dihidangkan dengan sos bilis atau nama glamernya budu yang dicampur hirisan cili padi.
  12. Dah siap! Selamat menjamu selera.

 

Mudah jer kan cara nak buat bubur lambuk Terengganu ni? Cuma ambil masa sikit bab nak leraikan isi ikan daripada tulang jer. Tapi kalau setakat 4 ekor tu, sekejap jer. Bubur lambuk ni sangat sesuai dijadikan hidangan untuk para tetamu atau untuk berbalas juadah dengan jiran-jiran.

 

Tips Masakan Bubur Lambuk Terengganu

  • Gunakan beras  wangi, bukan beras basmathi. Beras basmathi kurang berkanji dan akan mengurangkan rasa enak bubur
  • Kurangkan rasa masin pada bubur jika suka menambah budu kemudian. Budu tersebut memang sedia masin.
  • Jika tiada pengisar, boleh tumbuk bawang, halia dan isi ikan sehingga betul-betul hancur lumat.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

24 Comments

  1. Scdha Sein (SS) July 4, 2015
    • Naimah Wahab July 6, 2015
  2. Suriya July 5, 2015
    • Naimah Wahab July 6, 2015
  3. Hafizul July 5, 2015
    • Naimah Wahab July 6, 2015
  4. eBook Bisnes Online July 6, 2015
  5. titan July 8, 2015
  6. qaseh vee July 8, 2015
  7. dilabangi July 11, 2015
  8. Kakzakie Purvit July 15, 2015
    • Naimah Wahab July 23, 2015
  9. Farrah MF July 22, 2015
  10. fidah shah July 29, 2015
  11. Buat Wanita August 1, 2015
    • Naimah Wahab August 1, 2015
  12. Kak Noxxa September 22, 2015
    • Naimah Wahab September 24, 2015
  13. Maryam Rawdah Al Waha June 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge