Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Inti Kacang Merah Sedap & Lazat

Tiba-tiba terasa pulak nak makan kuih koci. Kali ni saya tak buat lagi kuih koci tu. Cuma cari resipi terlebih dahulu. Untuk mengelakkan resipi ni hilang, saya share dululah kat sini. Nanti tercari-cari pulak kan.

Sebenarnya saya lebih gemarkan kuih koci inti kacang merah, tetapi kebanyakan resipi buat kuih koci ni dengan inti kelapa. So, mengodek-godek jugaklah tadi. Hasilnya adalah gabungan kuih koci pulut hitam dan inti kacang merah.

 

 

makanan tradisional malaysia

Kredit Gambar: Blog Tengkubutang

 

 

Doh Kuih Koci Pulut Hitam

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan diayak
  • sedikit garam
  • 1 cawan air

 

Cara Menyediakan Doh Kuih Koci

Campur sebati tepung beras dan pulut hitam bersama air. Jangan curahkan air semuanya sekaligus, nanti doh terlalu lembik. Masukkan sedikit-sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan (macam nak buat onde-onde/kuih buah melaka).

Baki air tersebut dalam 3 sudu besar.

Tutup sekejap dengan kain untuk mengelakkan doh menjadi kering dan keras.

 

Inti Kacang Merah

Bahan-bahan

  • 450 gram (1 lb) kacang merah
  • 3-4 helai daun pandan
  • 10 cawan air
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 6oo gram gula
  • 1 camca teh esen vanila

Cara Menyediakan Inti Kacang Merah

  1. Masak kacang merah selama 40 minit atau sehingga kacang empuk.
  2. Toskan kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar lumat. Jika terlalu kering atau sukar dikisar, campurkna dengan sedikit air panas. (boleh juga gunakan masher tapi tak lumat sangat).
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Kacau campuran ini sehingga pes kacang menjadi hampir kering.
  4. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Apabila telah sejuk, bentukkan menjadi guli-guli kecil di atas tapak tangan.
  7. Ketepikan

 

Kuah Santan Pekat

  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit garam

Cara Menyediakannya

  1. Campurkan tepung beras ke dalam santan pekat. Kacau sebati dan masukkan garam
  2. Masak adunan ini sehingga pekat
  3. Ketepikan

 

makanan tradisional malaysia

Kredit Gambar: Blog Tengkubutang

 

Cara Menyediakan Kuih Koci

  1. Buat bulatan adunan tepung yang berinti kacang seperti kuih onde-onde (buah melaka) – ambil sedikit doh tepung, leperkan di atas tapak tangan, letakkan inti. Tutup dan bulatkan balik. Buat sampai habis doh.
  2. Didihkan air di dalam periuk
  3. Masukkan doh kuih koci ke dalam air mendidih dan biar sehingga doh tadi terapung dan angkat serta toskan.
  4. Masukkan doh kuih koci tadi ke dalam kuah santan pekat.
  5. Dengan menggunakan sudu, letakkan doh kuih koci ke atas daun pisang (5inci x 5inci) yang telah dilayurkan terlebih dahulu.
  6. Bungkus macam bantal atau bentuk nasi lemak.
  7. Kukus sekejap selama 7 minit bagi mendapatkan aroma daun pisang.
  8. Siap!

 

Macam banyak jer step dia tapi bila dah buat rasanya mudah je ni kan? Selamat mencuba ye. Tapi kalau kalian ada resipi yang mudah lagi sedap, boleh gak share kat sini.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge