Resipi Lala Masak Lemak Kuning Mudah & Sedap

Ni pertama kali ni KIM nak masak lala. Google resipi banyak juga masakan lala bergoreng. Nak buat lala goreng pedas, ada lagi rakyat jelata yang masih batuk-batuk. Karang makin rancak pulak batuk tu. Jadi KIM buat lala masak lemak.

Orang Terengganu panggil masak lemak kunyit kuah (lengkuas). Biasanya masakan macam ni sedap sangat untuk daging atau bahagian tulang atau ekor lembu. Ni saje nak try lala masak lemak macam ni.

 

 

Bahan-bahan Lala Masak Lemak Kuning

 

  • Lala 1 paket (lebih kurang dalam 1 KG) – direndam air garam bagi mengeluarkan pasir, kemudian dibersihkan
  • 1 kotak santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 keping lengkuas
  • 1 – 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit atau 1 inci kunyit tumbuk
  • 3 sudu besar bawang merah dan bawang putih kisar (dah siap-siap blend)
  • 1/2 sudu kecil cili boh
  • 1-2 pohon daun kesom
  • Secubit gula melaka
  • Garam secukup rasa

 

 

Cara Menyediakan Lala Masak Lemak Kuning

 

  1. Rebus air hingga mendidih
  2. Masukkan bawang, asam keping, cili boh, lengkuas dan kunyit.
  3. Masukkan daun kesum dan lala.
  4. Masukkan santan
  5. Masukkan garam dan gula melaka.
  6. Rasalah, oke ke tak masin dia, balance kan dengan manis dan masam.
  7. Dah siap, jemput makan 🙂

Selamat menjamu selera. dah boleh buat menu berbuka puasa nanti dengan lala masak lemak kuning ni.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge