Resipi Mek Comel Terengganu a.k.a Cik Mek Molek Paling Mudah dan Ringkas

Rasanya macam dah lama tak berkongsi resipi kan? Almaklumlah, hujung minggu lepas pergi Program Pembangunan Kepimpinan Shaklee, hujung minggu ni pula Program Jejak Jutawan Shaklee. Tapi kali ni, nak juga kongsi resipi mek comel Terengganu atau lebih dikenali sebagai cik mek molek.

Pernah tak makan kuih cik mek molek ni? Memang resipi yang saya nak kongsi ni mudah dan ringkas sangat.

Kalau ikut saya, memang main campak-campak sokmo, tapi untuk mudahkan kalian yang rajin bertandang ke sini, saya buatlah anggaran sukatan dia eh. Demi semua Myliferia yang dikasihi. Ewahhh, bermadah pulak…hehehe

 

 

Resipi kuih tradisi warisan turun temurun

Warna kuih mek comel ni agak gelap sikit sebab kali ni saya menggunakan ubi keledek isi ungu dan gula melaka.

Bahan-bahan Kuih Cik Mek Molek

  • 5 ketul ubi keledek (isi putih/ungu) – anggaran 2 cawan
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • Gula pasir – nak lebih sihat, gantikan dengan gula perang/gula melaka/gula tebu
  • Secubit garam
  • Sedikit air jika perlu
  • Minyak untuk menggoreng

 

Cara Menyediakan Kuih Cik Mek Molek

  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk tapi jangan terlalu lembik.
  2. Lenyek/tumbuk/parut ubi keledek yang telah ditoskan – masukkan ke dalam mangkuk besar.
  3. Campurkan tepung gandum dan garam.
  4. Uli dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Tambah air jika adunan terlalu berderai.
  6. Uli sehingga menjadi doh tapi tidaklah seelastik doh roti.
  7.  Ambil sedikit adunan sebesar separuh genggam
  8. Bentukkan bujur sambil buat lekuk kat bahagian tengah (macam nak buat kuih buah melaka/onde-onde)
  9. Masukkan gula
  10. Tutup seluruh permukaan yang terbuka tadi agar gula tidak terkeluar.
  11. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan.
  12. Tos dan sedia dihidangkan.

 

Tips Masakan

  • Untuk mengelakkan adunan ubi keledek melekat pada tapak tangan, lembabkan tangan dengan air terlebih dahulu.
  • Jangan tos dengan tisu kerana gula yang mungkin terkeluar akan melekat pada tisu tersebut.

 

Mudah jer kan? Nampak jer macam panjang berjela penerangan, tapi buat tu beberapa step jah. Saya buat juga kuih mek comel ni sebab incik hubby suka sangat makan kuih ni. Yang tak habis goreng bolh

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

8 Comments

  1. Eintan Nurfuzie September 20, 2015
  2. insan marhaen September 20, 2015
  3. ajuya September 21, 2015
  4. anakdenesor September 21, 2015
  5. titan September 29, 2015
    • Naimah Wahab October 4, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge