Resipi Pulut Kelapa Sambal Ikan Terengganu

Pulut memang selalunya orang makan dengan serunding atau sambal bilis selain daripada kelapa parut kan?

 

 

Tapi, kalau Terengganu punya resipi, ada menu tambahan untuk pulut iaitu sambal ikan.

Dah nama Ganue kan, mana boleh lari dengan ikan a.k.a ikang gitu…hehe

Haritu saya pernah share resipi Pulut Kelapa Parut Ikan Kering.

Kalini saya share berkenaan sambal ikan jelah ye.

 

Bahan-bahan Sambal Ikan Terengganu

  • 5 ekor ikan sardin/kembung (saya suka guna ikan besar, senang nak asingkan tulang dan isi nanti 😁😁)
  • 10 biji bawang merah
  • 2 hiris halia
  • 3 batang serai
  • 2 sudu kecil kerisik
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit air kosong
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa

 

Cara-cara Menyediakan Sambal Ikan Terengganu

  1. Rebus ikan sardin bersama air, asam keping dan garam.
  2. Apabila ikan telah masak, asingkan isi dan tulang, ketepikan.
  3. Blend halia, bawang merah dan halia sehingga lumat.
  4. Masukkan isi ikan dan kerisik tadi.
  5. Tuang ke dalam kuali dan masak di atas api sederhana besar.
  6. Perasakan dengan garam dan gula melaka.
  7. Kacau sentiasa dan masak sambal sehingga kering.
  8. Dah siap, selamat menjamu selera.

Sambal ikan ni, selain daripada sedap dimakan bersama pulut, sangat sedap dijadikan inti temosa (karipap ikan), pulut panggang, dimakan bersama-sama nasi himpit dan sebagainya.

Kalau buat banyak, boleh di frozen kan sambal ikan ni. Makan dengan nasi panas-panas pun sodap.

Selamat mencuba Resipi Sambal Ikan Terengganu ni tau.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge