Resipi Pulut Putih Kelapa Parut Warisan Lampau

Ewaahhh, tajuk tak hengat, hehehe. Harini teringin pulak nak makan pulut kelapa. Beras pulut pun dah beberapa hari lepas dah siap-siap beli.

 

 
Gambar kredit pada resipidaria dan acardapur. Saya punya belum dihidang lagi. Settlekan baby dulu.
Pulut ni biasanya mak saya tanak atas dapur, tapi saya belasah rice cooker je. Dah ada hero-hero kecil ni, bimbang terhangit plak pulut tu (hehehe…alasan je kot!). Sebenarnya lagi senang pakai rice cooker, sambil-sambil masak pulut tu, bolehlah buat kerja lain, kan kan?

Ok, cikedaut!

Bahan-bahan Pulut Putih Kelapa Parut

  • 2 pot pulut
  • 2 pot air
  • 1-2 helai daun pandan
  • Secubit garam

Bahan-bahan Kelapa Parut

  • Secawan kelapa muda parut
  • Secubit garam
  • Secubit gula

Bahan-bahan Lain

  • Ikan kering
  • Beras pulut goreng tanpa minyak

Cara Menyediakan Pulut Putih Kelapa Parut

  1. Basuh beras pulut hingga bersih
  2. Masukkan ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan air ikut sukatan beras.
  4. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan garam.
  6. Biar masak. Kalau nampak pulut kurang masak/masih mentah, masukkan sedikit air dan masak kembali (ada beras pulut yang jenis agak keras).

Cara Menyediakan Kelapa Parut

  1. Masukkan kelapa parut dalam mangkuk.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Gaul rata

Bila pulut dah masak, boleh lah nak bentukkan bulat-bulat atau tak, nak gaul dengan kelapa atau taruk je kelapa tu kat tepi, hidang bersama ikan kering masin dan taburkan beras pulut goreng tadi.

Sedap sedap sedap 😊

Jom buat pulut yang senang sangat nih😍

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

10 Comments

  1. Aree March 21, 2016
  2. Afiqah March 22, 2016
    • Naimah Wahab March 24, 2016
  3. hawa March 22, 2016
    • Naimah Wahab March 24, 2016
  4. Noriza Rahman March 23, 2016
    • Naimah Wahab March 24, 2016
  5. F M Zam July 25, 2016
    • Naimah Wahab August 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge