Resipi Sup Cendawan Penuh Berkrim Bersama Roti Bawang Putih

Biasanya saya suka berkongsi menu masakan dari Terengganu kan? Kalini nak tukar selera terus ke western food. Sekali-sekala tukar tune tekak ni, apa salahnya kan? hehehe. Hujung minggu ni, best juga kalau bersarapan dengan Sup Cendawan Penuh Berkrim (Homemade Creamy Mushroom Soup) dan Roti Bawang Putih (Garlic Bread).

 

 

 

resipi sup cendawan berkrim bersama roti bawang putih 1

 

Bahan-bahan Sup Cendawan Penuh Berkrim

230 gram cendawan segar (biasa saya guna cendawan butang) dipotong nipis – kalau tiada pilihan, cedawan butang dalam tin pun ok.

2 sudu besar bawang besar yang dicincang kasar

1-2 ulas bawang putih dicincang halus

2 sudu besar mentega

2-3 sudu besar tepung gandum – ketepikan.

2 cawan stok ayam

1 cawan krim cair (light cream) / 1 cawan susu sejat (saya guna susu segar)

1/2 sudu teh garam

1/4 sudu teh serbuk lada hitam

1/4 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)

Cara-cara Menyediakan Sup Cendawan Penuh Berkrim

  1. Cairkan mentega di dalam kuali yang agak besar dan dalam.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan. Goreng sehingga bawang menjadi lembut (layu).
  3. Campurkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau.
  4. Masukkan stok ayam dan panaskan sehingga menjadi pekat sedikit serta teruskan mengacau tanpa berhenti.
  5. Kacau krim/susu bersama baki 1 sudu besar tepung gandum terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam sup.
  6. Masukkan rempah-ratus.
  7. Teruskan mengacau sehingga menjadi pekat.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

makanan barat - western food

 

Bahan-bahan Roti Bawang Putih

1 buku roti Perancis (kalau takde, boleh guna roti keping Gardenia tu jer 🙂 )

1/3 cawan keju Parmesan yang diparut (boleh guna yang dah sedia diparut dalam pek)

1/2 cawan mentega yang dinyahbekukan

2 sudu besar serbuk bawang putih (kalau takde, tumbuk lumat jer 2 ulas bawang putih…hehe)

1 sudu besar daun parsley kering

 

Cara Sediakan Roti Bawang Putih

  1. Panaskan oven  375 darjah F (190 darjah C)
  2. Potong roti Perancis dalam 1 inci tebal tanpa memutuskan terus kepingan roti.
  3. Campurkan mentega, keju, serbuk bawang putih dan daun parsley di dalam mangkuk.
  4. Sapu campuran mentega pada setiap keping serta permukaan atas roti.
  5. Balut roti dengan aluminium foil tetapi biarkan bahagian atas terdedah.
  6. Bakar sehingga mentega cair dan roti menjadi kekuningan.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

 

Tips Masakan:

Kalau nak senang, sapu jer campuran mentega kat roti keping, goreng tanpa minyak atas kuali leper. Settle! Kalau takde oven pun, masih boleh makan garlic bread kan? 🙂 😀

 

Sebenarnya, kalau tak buat sarapan, buat makan petang atau untuk supper pun best jugak. Kalau order pizza kan, selalunya mesti nak jugak tambah sup cendawan serta roti bawang putih ni. Jadi, kalau nak puas makan satu keluarga, baik bikin sendiri. Boleh makan sampai pengsan… 😛

Selamat mencuba ye!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

2 Comments

  1. seri July 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge