Resipi Sup Kaki Ayam Simple & Berkhasiat

Bila encik suami kurang sihat, biasanya menu jenis sup lah yang laju sikit masuk tekak. Jadi sup kaki ayam menjadi pilihan. Lagipun anak-anak memang suka sup kaki ayam ni. Mama yang tak berapa nak reti makan kaki ayam pun dah pandai mengadap kaki ayam, sekarang…hehehe

Jom masak sup kaki ayam. Mudah jer ni.

 

Bahan-bahan Sup Kaki Ayam Simple & Berkhasiat

 

  • 10-12 batang kaki ayam dibersihkan
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Bawang besar merah – belah 4 atau 6
  • 3 ulang bawang putih diketuk atau dicincang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1-2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang (4-5 kelopak)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam @ lada hitam biji
  • 1 inci halia diketuk @ dimayang nipis
  • 1 keping asam keping
  • 2 mangkuk air
  • Secubit gula melaka
  • 2 biji ubi kentang
  • Lobak merah
  • Saleri
  • Tomato, bunga kobis dan daun ketumbar jika suka
  • Garam secukup rasa

 

 

Cara Menyediakan Sup Kaki Ayam Simple & Berkhasiat

1) Panaskan minyak

2) Tumis bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam sehingga naik bau dan bawang menjadi layu.

3) Masukkan kaki ayam. Gaul sekejap agar mesra dengan rempah ratus.

4) Masukkan air dan biarkan menggelegak sehingga 20-30 minit.

5) Masukkan sedikit garam

6) Masukkan ubi kentang

7) Masukkan sayur-sayuran.

8) Masukkan gula melaka

9) Tambah garam jika perlu.

10) Sedia untuk dinikmati.

 

Selamat menjamu selera. Nanti bolehlah cuba resepi sup kaki ayam ye. Jangan tak tahu, kaki ayam tinggi kolagen, petua awet muda tau! (lepas ni, sold out sokmolah kaki ayam…hihi)

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge