Resipi Sushi Simple & Sedap Version Myliferia

Penggemar sushi, sila jangan kencam ye…hehehe. Resipi sushi ni memang betul-betul simple sebab pakai barang yang ada je. Kalau ikut resipi asal, memang banyak sikit step dan peralatan dia, tapi sebab yang ni agak ringkas, so capai jelah apa yang memenuhi syarat (paling koman pun, wajib ada rumpai laut tu).

 

 

resipi versi malaysia
Harini nak buat pulut kelapa lagi, tapi terfikirkan 2 in 1 resipi. Nak bikin sushi ni sebab anak sulung saya, Kashful memang sukakan sushi terutamanya inti timun dan telur dadar, juga telur ikan oren tu.

Si adik Asif tu, tukang meriahkan suasana jer, tapi dia pernah makan sushi macam harimau terkam mangsa akibat penat dan lapar lepas berjalan, kikiki. Mungkin sebab sebelum tu minum susu je dan kurang makan walaupun dah puas pujuk.

Eh, panjang plak ceritanye, hehehe. Meh kita tengok resipi dan cara nak buat sushi ni haaa…

 

Bahan-bahan Sushi Ringkas & Enak

  • 2 pot beras pulut (bahan asal adalah beras sushi)
  • 2 pot air
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil gula (boleh guna gula perang
  • 1 sudu besar mayonis
  • Timun dibuang empulur dan dipotong kecil memanjang
  • Telur dadar
  • Nori/seaweed/rumpai laut original kering (saya pakai yang snek tu je…hehe)

 

Cara Menyediakan Sushi Mudah Versi Myliferia

 

  1. Basuh beras pulut hingga bersih dan masukkan ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan air. Pastikan sukatan air sama dengan beras.
  3. Masukkan sedikit gula dan cuka (memandangkan sebahagiannya saya nak buat pulut kelapa, jadi saya gaul gula dan cuka selepas pulut masak).
  4. Bila pulut masak, akan kelihatan seperti masih mentah, kacau sedikit dan biarkan di dalam rice cooker tanpa dimatikan suis selama 10-15 minit agar pulut benar-benar masak sepenuhnya.
  5. Masukkan pulut ke ke dalam mangkuk.
  6. Masukkan mayonis dan gaul rata. Ketepikan
  7. Hamparkan rumpai laut ke atas tikar buluh penggulung sushi. Kalau takde boleh pakai plastik atau apa-apa jer. Saya guna tangan je, dah nama sempoi, kan…kiki.
  8. Letakkan pulut dan ratakan.
  9. Tinggal 3 cm kosong di bahagian hujung seaweed.
  10. Letak timun dan telur sepanjang pulut.
  11. Gulung sushi.
  12. Potong kepada bahagian kecil.
  13. Dah siap dan boleh makan! 😊

 

 

resipi versi malaysia

 

Tadaaa…ni sebab tak pakai penggulung dia serta guna rumpai laut yang jenis snek, jadinya agak keras. Nak gulung dan potong pun payah sikit. Serabai sikit pun ye….hehehe…Tak kisah lah, janji ada rupa dan incik suami makan pun dia kata sushi ni sodap! πŸ˜€

Tips: Guna pisau yang tajam agar senang potong sushi dan sushi tidak pecah atau mudah melekat pada pisau.

Info sushi: boleh pelbagaikan inti seperti buah avocado, isi ketam, telur ikan, ikan salmon, tuna, salad dan sebagainya.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

7 Comments

  1. Afiqah March 29, 2016
  2. Afiqah March 31, 2016
  3. hawa March 31, 2016
    • Naimah Wahab April 3, 2016
  4. nora April 30, 2018

Leave a Reply to nora Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge