Resipi Taugeh Tumis Lada Hitam Ringkas & Sihat

Sayur taugeh ni antara sayur yang paling senang dan cepat nak disediakan. Kalau suka mentah, boleh buat ulam je macam dalam laksa atau laksam tu.

 

 

 

 

 

Taugeh ni antara sayur yang encik suami saya suka. Apatah lagi buat masak tumis lada hitam ni.

Ahkak apa lagi, berkali ganda lah suka nak masak menu simple, cepat tapi berkhasiat ni.

Jom kiter masak!

 

 

Bahan-bahan Taugeh Tumis Air Lada Hitam

  • 1 mangkuk taugeh
  • 1/2 mangkuk air
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 2 ulas bawang putih tumbuk/cincang
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil udang kering
  • Garam secukupnya

 

 

 

Cara Menyediakan Taugeh Tumis Air Lada Hitam

1) Panaskan periuk dan masukkan minyak.

2) Masukkan bawang putih cincang/tumbuk dan tumis sehingga bawang layu/kekuningan.

3) Masukkan udang kering/bilis dan tumis hingga naik bau.

4) Masukkan air dan biarkan menggelegak sekejap (dalam 3-5 minit).

5) Masukkan taugeh, kacau dalam 1 minit. Kemudian tutup tudung periuk dan biarkan dalam 5-10 minit sebelum dihidangkan.

Ini bertujuan untuk mendapatkan taugeh yang masih rangup tapi takde rasa mentah.

Selamat mencuba.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge