Resipi Udang Masak Lemak Daun Limau Purut

Resipi Udang Masak Lemak Daun Limau Purut ni adalah resepi idea spontan sebab nak cepat.

Udang kan antara bahan yang cepat defrost kalau kita terlupa nak keluarkan awal-awal daripada peti ais kan.

Kalau ayam atau daging, bergendang dululah perut tu…hehehe
Bahan-bahan Udang Masak Lemak Daun Limau Purut

Udang 1 sederhana besar dalam 15 ekor

1 labu bawang besar saiz sederhana ditumbuk lumat/blend

3 biji cili padi hijau ditumbuk/blend

3 helai daun limau purut

Air masak 2 cawan

Kunyit hidup ditumbuk/Serbuk kunyit

1 Keping Asam Keping

Sedikit garam dan gula melaka

1/2 kotak santan
Cara Menyediakan Udang Masak Lemak Daun Limau Purut

1) Tumbuk atau kisar bawang, kunyit hidup dan cili padi.

Kalau tak mahu pedas, letak sebiji-sebiji macam tu je.

2) Rebus air, masukkan bahan tumbuk serta asam keping.

3) Bila menggelegak, masukkan udang, daun limau purut, garam, gula melaka dan santan.

4) Kacau sekejap dan rasa.

5) Siap dah dan bolehlah dimakan.

Senang kan?

Resepi ni macam nak buat masak lemak cili api. Tapi alter sikit sebab bahan ada yang takde, dan anak tak makan pedas sangat.

Incik suami bertambah nasi.

Acaner nih nak capai misi inch loss? Huhuhu

Tapi dalam hati akak manyak suke dan berbunga-bunga😍😍😍

Nanti try eh.
Naimah Wahab

019-9377380

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge