Risiko Kencing Manis Semasa Hamil (GDM) Tidak Memilih Mangsa Tertentu

Kencing manis sewaktu kehamilan juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) yang mana berlakunya peningkatan paras gula dan berlebihan di dalam darah. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil.

GDM biasanya dikesan pada minggu ke-28 hingga ke-34 kehamilan bayi dan biasanya akan hilang selepas kelahiran bayi. Maknanya kencing manis semasa kehamilan bersifat sementara namun ia masih boleh menjejaskan kira-kira 4% ibu hamil.

 

Berikut merupakan video tentang Kencing Manis Semasa Hamil (GDM):-

 

 

Siapakah Berisiko Mengalami Kencing Manis Semasa Kehamilan (GDM)?

  • Usia melebihi 35 tahun
  • Sejarah keluarga yang mempunyai GDM
  • Mempunyai penyakit darah tinggi
  • Diet yang tidak sihat – mengamalkan pengambilan makanan berkanji dan berlemak secara berlebihan
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Mempunyai berat badan berlebihan
  • Pernah mempunyai kencing manis pada kandungan terdahulu
  • Pernah melahirkan bayi 4 KG ke atas

 

Bagaimana Kencing Manis Semasa Kehamilan Boleh Menjejaskan Bayi Kita?

  • Bayi berisiko mendapat jaundice (demam kuning)
  • Bayi sukar bernafas
  • Berat bayi melebihi 4 KG (macrosomia) menyebabkan kesukaran semasa bersalin
  • Saiz bayi yang besar juga boleh menyebabkan risiko kecederaan bahu sewaktu dilahirkan
  • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)
  • Berkemungkinan bayi mengalami kecacatan
  • Risiko kematian bayi dalam kandungan
  • Bayi sukar bernafas
  • Bayi berisiko menjadi obes dan mendapat diabetes tahap 2 apabila dewasa kelak

 

Bagaimanakah GDM Dapat Dikesan?

  • GDM dapat dikesan melalui Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) iaitu pemeriksaan darah dengan meminum air gula selepas berpuasa selama semalam.
  • Keputusan Ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L):-
    • Puasa ialah < 6.0
    • 1 jam selepas mengambil glukosa ialah < 8.0
    • 2 jam selepas mengambil glukosa ialah < 7.0

 

Walaupun GDM biasanya akan hilang selepas kelahiran, namun para ibu hamil sekalian tidak boleh mengambil mudah jika telah disahkan mempunyai GDM. Langkah-langkah pencegahan dan rawatan GDM perlu diambil segera agar ibu sekalian tidak pula berisiko mendapat kencing manis kekal selepas kelahiran.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

2 Comments

  1. Buat Wanita July 29, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge