Santan Bantu Turunkan Berat Badan; Fakta Atau Auta?

Orang yang nak kurus mesti pantang makan santan, ye tak? Sebab santan dikatakan mempunyai lemak dan kolestrol yang tinggi. Santan juga digambarkan sesuatu yang sangat berbahaya kepada kesihatan sejagat. Betul tak, betul tak? Baik mengaku cepat 😛

Tapi, tahukah kita yang santan yang berlambak-lambak serta mudah didapati di dalam negara Malaysia tercinta ni sebenarnya banyak manfaatnya. Of course lah ada kaitan juga dengan bab-bab nak kurus ni.

Kenapa, tak percaya?

Ok, sila baca info sebenar mengenai santan. Pasti lepas ni semua akan tersenyum sampai ke telinga…hehehe

 

tips kurus semulajadi

 

Santan Bantu Kuruskan Badan

“Asid lemak dalam santanadalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang ditemui di dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Lemak dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA).

Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekalkan sistem imun tubuh (sama seperti lemak dalam susu ibu). Santan membekalkansumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan.

Ini kerana MCFA cepat diasimilasikan ke dalam tubuh. Ertinya, asid lemak ini tidak menjadi le mak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu.”

  • Sumber: Majalah Anis Januari 2011

 

Amacam? Ada percaya ka?

Yelah kan, selama ni kita dimomokkan tentang bahaya santan.

Macam minyak kelapa sawit tu kan, dikatakan berbahaya kepada kesihatan. Tapi akhirnya, masyarakat dunia sendiri mengakui yang minyak kelapa sawit ni merupakan antara minyak yang sangat baik untuk kesihatan.

Malah minyak kelapa sawit dan minyak zaitun (untuk memasak) merupakan antara minyak yang paling stabil pada suhu tinggi, tak berubah menjadi toksik kepada badan.

Nampak tak kat situ? Mungkin ni antara propaganda marketing. Hahahaha…dah jadi isu panas pulak. Sila jangan jadikan motif viral lah pulak yer 😛

Ok, berbalik kepada santan tadi, jadi tidak menjadi masalah, malah sangat elok diambil oleh mereka yang nak kurus.

Tapi, apa-apa hal pun, bersederhanalah dalam pengambilannya. Boleh la lepas ni nak makan nasi lemak kan? Cuma amalkan pinggan suku-suku separuh. Kata nak kurus kan?

Cara masakan bersantan tu pun kena jaga juga. Jangan kita masukkan bahan-bahan tambahan sintetik yang tidak perlu. Memang mudaratkan kesihatan lah jadinya. Akhirnya santan juga dipersalahkan apabila badan sukar nak kurus. Terus membesar bagaikan juara.

 

Naimah Wahab

Suka sangat nasi lemak 🙂

019-9377380

www.wasap.my/60199377380

SID: 1001144

4 Comments

  1. ibrahim March 3, 2018
    • Naimah Wahab March 19, 2018
  2. nikkhazami March 16, 2018
    • Naimah Wahab March 19, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge