Sotong Masak Merah Versi Mama KIM

Sotong masak merah ni anak nombor 2 saya panggil sotong masak pedas. Sama lah macam ayam pun. Asal masak sambal merah je, memang dia panggil masak pedas.

 

 

 

Bahan-bahan Sotong Masak Merah Versi Mama KIM

  • 10 ekor sotong sederhana besar dipotong kecil
  • 5 ulas bawang merah/1 ulas bawang merah besar ditumbuk kasar
  • 2-3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 keping asam gelugur/keping
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 cawan air

 

 

 

Cara Menyediakan Sotong Masak Merah Versi Mama KIM

1) Tumis bawang merah, bawang putih yang ditumbuk bersama cili boh sehingga garing.

2) Tambah sedikit air agar bahan tumisan tidak hangit.

3) Masukkan sotong dan gaul bersama bahan tumis tadi.

4) Masukkan asam keping, gula melaka dan garam.

5) Biarkan kuah menjadi pekat.

6) Sedia untuk dihidangkan.
Nota:

Bawang​ yang dikisar juga boleh menggantikan bawang tumbuk.

Cuma bawang tumbuk menjadikan struktur kepekatan kuah yang lebih likat.

Gula melaka akan menjadikan sambal sotong kelihatan lebih gelap dan cantik.

Selamat mencuba sotong masak merah atau sotong sambal merah ni ye.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. rahardjo May 9, 2017
    • Naimah Wahab May 15, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge