Thalassemia; Kenali Simptom & Risiko Pengidapnya

Thalassemia merupakan gangguan darah yang diwarisi disebabkan oleh kecacatan yang berlalu di dalam genetik.  Ia menyebabkan tubuh menghasilkan kurang hemoglobin atau hemoglobin yang dihasilkan adalah tidak normal.

Hemoglobin membantu sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kadar hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan anemia. Keaddan ini yang menyebabkan pesakit Thalessemia menjadi lemah dan letih. Anemia yang serius atau kronik boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman dan boleh menjadi punca kematian.

 

Jenis-jenis Thalassemia

 

Thalassemia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :-

1) Thalassemia Minor

Thalassemia Minor merupakan pembawa Thalassemia (trait). Golongan ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Malah keadaan mereka seperti orang normal yang lain.

 

2) Thalassemia Major

Golongan ini merupakan pengidap Thalassemia. Mereka memerlukan perhatian dan rawatan susulan.

3) Thalassemia Intermedia

Thalassemia Intermedia ni seperti Thalassemia Major tapi bacaan HB taklah terlalu rendah. Yang pastinya ianya takkan normal. Simptom Thalassemia akan ditunjukkan dengan ketara apabila bacaan HB turun.

Thalassemia ini mungkin dikesan lebih lambat atau tidak dikesan langsung disebabkan tiada simptom.

Jadi, logiklah kan apabila ada kes Thalassemia yang dikesan sewaktu dewasa walaupun ianya amat jarang berlaku. Ini kerana Thalassemia biasanya boleh diketahui pada usia 2-6 tahun.

 

 

Bagaimana Pembawa/Pengidap Thalassemia Diwariskan Oleh Suami/Isteri Kepada Anak-anak

 

a) Kes 1: Suami/Isteri Pembawa, Pasangannya Iaitu Isteri/Suami Normal

 

thalessemia inherritage

Dalam kes ini, 50% anak berkemungkinan besar menjadi pembawa Thalassemia, manakala 50% lagi adalah normal.

 

 

b) Kes 2: Kedua-dua Suami & Isteri Adalah Pembawa Thalassemia

 

cara rawat thalessemia

Dalam kes ini, kebarangkalian terhadap penyakit Thalassemia adalah seperti berikut:-

  • 50% daripada anak-anak mereka adalah pembawa (minor/trait)
  • 25% daripada anak-anak mereka adalah normal
  • 25% lagi daripada anak-anak mereka akan dilahirkan sebagai pengidap Thalassemia Major

 

Simptom & Risiko Penyakit Thalassemia

 

1) Kematian Pada Usia Muda

Mereka yang mengidap Thalassemia berisiko untuk meninggal sebelum usia. Ada yang telah menemui ajal sewaktu masih bayi dan tak kurang juga yang meninggal di dalam kandungan.

Faktor utama kematian pada usia muda ini adalah kerana kekurangan oksigen dalam darah.

 

 

2) Pembesaran & Penebalan TulangTengkorak Serta Pembesaran Hati & Limpa

 

simptom dan punca thalassemia

 

Ekoran kerana peningkatan aktiviti dalam sum-sum tulang (disebabkan sel darah merah normal tidak terbentuk), tulang tengkorak akan membesar dan menebal. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku perubahan pada struktur wajah seseorang yang mengidap Thalassemia.

Selain daripada itu, peningkatan aktiviti pemusnahan sel darah merah tidak normal menyebabkan berlakunya pertambahan pembesaran hati dan limpa.

Nota: sel darah merah kebanyakannya dihasilkan oleh sum-sum tulang dan sel darah merah yang tidak diperlukan akan dimusnahkan dalam hati dan limpa.

 

 

3) Anemia

Anak-anak yang mengidap Thalassemia biasanya akan menghadapi masalah Anemia iaitu gangguan terhadap kekurangan sel darah merah yang sihat.

Simptom yang paling ketara ialah:-

  • kulit yang kelihatan pucat
  • mudah tercungap-cungap walaupun hanya melakukan senaman ringan
  • bengkak pada abdomen ekoran pembesaran hati dan limpa

 

 

4) Tumbesaran Terbantut

Secara fizikalnya, tumbesaran anak-anak Thalassemia ini menjadi perlahan. Selain daripada itu organ seksual mereka juga berisiko untuk terjejas.

Keadaan tulang tengkorak dan wajah turut terkesan sejajar dengan perkembangan sum sum tulang.

 

Jemput ke entri Bagaimana Nak Berikhthiar Merawat Penyakit Thalassemia ni? Terdapat ikhtiar perubatan dan juga alternatif dalam usaha untuk menyembuhkan serta mengurangkan risiko penyakit Thalassemia ini.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. titan February 5, 2016
  2. mohd zuhairi January 9, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge