Throwback #1; Kelapa Nan Sebatang

Kembali ke zaman kanak-kanak memang best. Tahu fikir nak main jer. Celik mata, mandi, makan, pergi rumah jiran cari kawan.

Saya ni dilahirkan di kampung. Memang nama kampung pun walau dekat jer dengan bandar.

Dulu kami tinggal sekali dengan moyang lelaki dan perempuan. Sebelah mak saya memang saya tak sempat dengan tok dan tok wan.

Di sekeliling rumah saya dulu, penuh dengan pokok kelapa. Kalau time ada pokok kelapa yang ditebang, kami budak-budak kecil nilah yang paling excited.

Biasanya kitaorang jadi tukang raut lidi. Mak-mak akan guna buat penyapu lidi. Part yang paling best, kitaorang suka buat jam tangan menggunakan daun kelapa tersebut.

20140417-205928.jpg

Arwah ayah saya pula selalu buatkan seruling daun kelapa. Tapi macam semboyan kot bunyi dan rupa dia. Semboyan super duper mini. Eh, ada yang panggil wisel 🙂

20140417-210206.jpg

Nak best lagi, menjamu selera dengan umbut kelapa. Sebenarnya yang terlebih seronok tu bila makan beramai-ramai dengan kawan-kawan.

Tempurung kelapa pernah makan tak? Sedap tau, cicah cuka campur garam dan gula serta sedikit belacan. Pergghhh!!! Tapi tempurung mudalah….hehehe

Sebenarnya, banyak lagi kisah kanak-kanak yang sangat manis. Nanti saya kongsikan lagi.

Kalau anda nak berkongsi cerita pun, silalah, saya pun suka sangat nak tahu kisah kanak-kanak kalian 🙂

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge