Throwback; Pengalaman Petik Buah Peach & Ceri Musim Panas 2008 Di USA

Sudah 9 tahun berlalu. Tapi pengalaman KIM yang berpeluang pergi “fruit picking” memang masih segar di dalam ingatan. Masa tu musim panas di US pada tahun 2008. Memang time musim panas ni, banyak lah ladang-ladang buah-buahan buat program petik buah.

Untuk ladang yang KIM pergi ni, kitaorang dapat petik buah peach dan ceri.

Macam buah peach ni, semasa kat ladang tu, makan lah seberapa banyak yang kita mampu. Yang nak bawak balik jer kita perlu timbang dan bayar. Jadi, selagi masih dalam ladang tu, makan lah buah peach tu sampai kembung gitu…hehehe.

Tapi apalah sangat kudrat kita kan, masuk 2 biji dah rasa kenyang. Kalau tengah lapar pun, rasanya 4-5 biji je kot boleh sumbat. Buah peach ni besar dia lebih kurang macam buah epal saiz sederhana.

Ceri pun boleh makan tak silap. Ke tak boleh eh, macam buah strawberi. Buah strawberi hanya boleh petik untuk ditimbang dan dibawa pulang.

Pandai diaorang, kalau beri pengunjung makan strawberi kat ladang tu, mesti tak sempat nak jual…kikiki

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Acara yang paling tak akan ditinggalkan, piknik lah 🙂

 

 

 

 

 

Epal belum masak lagi, jadi posing jer lah.. 🙂

 

Semoga ada rezeki lagi bagi KIM dan suami untuk berkunjung kembali ke sini. Kalini bawa hero-hero kecil pula. Mesti lagi meriah anak bandar kalau berpeluang petik buah kat ladang yang saujana mata memandang kan.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge