Tips Gandakan Sales Bisnes Agar Kebabom

Kita tanam pokok sayur, contohnya cili. Lepas tu nak cili tu subur dan tumbuh segar serta menghasilkan cili yang banyak.

Apa perlu kita buat?

Sudah tentulah kita akan pastikan tindakan seawal memilih benih dan tanah yang sesuai dan terbaik kan?

Lepas tu kita siram dengan setiap hari. Letak di bahagian cuaca yang bersesuaian (tidak terlalu panas, tidak terlalu mudah bertakung air seperti air hujan).

Buat macam-macam usaha tambahan seperti letak baja, check ada tak serangga perosak atau simptom jangkitan penyakit pokok dan sebagainya.

Samalah juga kalau kita buat bisnes ni.

Nak sales berganda, usaha pun kena setimpal lah. Berapa kali kita buat sharing setiap hari. Kalau update Facebook pun sebulan sekali, takkan kita nak harapkan bonus berkepuk-kepuk, ye tak?

Macam mana hubungan kita sesama team dan dengan orang lain khasnya prospek dan customer pun kena jaga.

Selalu follow up dan bertanya khabar.

 

tips bisnes berjaya

 

Contohnya ikut kaedah 3 S iaitu Share, Sponsoring dan Servicing.

Share tu mestilah kita buat perkongsian tentang produk atau perkhidmatan yang kiita sediakan. Yang pastinya banyakkan kongsi tentang kebaikan produk serta servis tersebut.

Sponsoring pula, kalau bisnes kita jenis pelanggan boleh join ahli, gallakkan mereka jadi ahli.

Sebabnya, di samping mereka sendiri bakal menikmati keistimewaan ahli, contohnya harga yang lebih untung serta promosi bulanan, kita juga lebih mudah mendapat loyal customer.

Kemudian, Servicing. Kita dah ada ahli bawah kita, atau pelanggan kan, maka perlulah selalu follow up diaorang. Baru diaorang rasa dihargai dan kita ambil berat tentang mereka.

Bisnes ni kan bukan nak duit atau untung semata-mata, tapi juga menjadi medan sosial yang sangat hebat.

So, kalau nak sales berganda-ganda, usaha biar setimpal, ok? 👍

Naimah Wahab

019-937 7380
www.wasap.my/60199377380

SID: 11001144
Founder of KIM Family

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge