Kawal & Rendahkan Kolestrol Dengan Mandi Pagi

Rasanya cara kawal berat badan dan kolestrol dengan mandi pagi ni merupakan tips yang agak rare bagi sesetengah orang. Tapi kalau kita nak fikir dengan logik akal sekalipun, memang ada benarnya.

 

tips kurus cepat

Sebenarnya saya pernah mendengar seorang ustaz (saya terlupa nama beliau, tapi wajah masih kuingat…hehe) yang mengatakan kita dapat merendahkan paras kolestrol dengan mandi pagi terutamanya sebelum subuh.

 

tips kurus cepat

Nak mandi pagi tu, kene gunakan air pada suhu normal atau suhu asal air tersebut. Bukan air panas atau air suam dan sebagainya.

Kalau ikutkan, suhu air waktu ni memang agak sejuk kan? Jadi, kalau ikut hukum metabolisma, bila badan kita sejuk, dalaman tubuh (metabolisma) akan dipertingkatkan untuk menyamai kembali suhu asal badan.

Bila matabolisma meningkat, pembakaran kalori pun semakin tinggi. Malah dalam proses ni, kalori akan dibakar lebih banyak.

Dalam hal lemak pula, biasanya, kita akan mandi sebaik sahaja bangun tidur, sebelum makan kan? Dengan kata lain, dalam keadaan perut kosong. Jadi secara tidak langsung, ia turut menghalang pembentukan lemak yang tidak diperlukan.

Sebabnya, sewaktu proses ini juga, lemak-lemak yang berlebihan akan digunakan bagi menampung proses tersebut. Kolestrol pun segan nak mendap lama-lama :P.

Jangan tak tahu, lemak dan kolestrol adalah antara punca utama kegemukan kita.

Kolestrol ni memang berbahaya dan perlu diatasi dengan segera agar tidak mengundang masalah kesihatan yang lain.

So simple & make sense, right?

Ok, kalau kita perhatikan, bagi yang muslim, tips ni sebenarnya terkandung dalam saranan bangun qiamullail walaupun hanya untuk bertahajud 2 rakaat. Waktu tersebut adalah antara waktu afdhal untuk melakukan tahajud.

Dah alang-alang mandi sebelum subuh, jadi rebutlah peluang buat sedikit ibadah macam tahajud kan? Tahajud antara ibadah sunat yang disukai Allah. Bila Allah sayang, hidup kita pun makin berkat šŸ™‚

Sebenarnya, kalau dibuat kajian, terlalu banyak rahsia yang tersimpan di dalam ibadah yang disunatkan kepada orang Islam, apatah lagi ibadah wajib.

Semuanya untuk kebaikan kita sendiri.

Tapi tak perlulah nak tunggu ada bukti saintifik dulu, baru nak buat perintah Allah ye. Yang wajib tu tetap wajib.

Memang ianya nampak mudah, simple, tapi kita ni selalu ambil mudah (take advantage). Tak nak mengambil hikmah dan seribu macam kebaikan yang dah tersedia.

Lepas ni, bolehlah kita pakat ramai-ramai mengamalkan tips mandi pagi ni untuk jadi lebih kurus dan sihat tanpa kolestrol jahat.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

10 Comments

  1. nurinsaniah May 4, 2015
    • Naimah Wahab May 5, 2015
  2. Dr Fattah May 5, 2015
  3. Dr Fattah May 5, 2015
  4. Hero Borneo May 5, 2015
  5. Dr. Mohd Izani May 29, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge