Tips Mudah Goreng Keli Tanpa Meletup

Haaaa…ni dia bukti ikan keli tak meletup bila digoreng.


Berani akak hang ni nak hendap dekat-dekat…hehehe


Tapi sila berhati-hati jugak sebab ada lah kadang-kadang sesekali tu dia meletup. Maybe kena kat area tak berkelar atau mungkin sebab lain.


Kalau tak, sebelum ni, asal goreng keli, letak jer ikan dalam kuali, mesti cepat-cepat tutup dengan tudung periuk. Lepas tu lari jauh-jauh. Nanti dia dia akan meletup dengan amat dashyat sekali….hoho


Tips Elak Minyak Panas Terpercik Semasa Goreng Ikan Keli

Ni ha cara-cara nak elak keli meletup apabila digoreng.


1. Bersihkan ikan keli.

2. Kelar badan keli rapat-rapat. Suka hatilah nak potong ke tak atau nak potong dulu sebelum kelar atau tak.

3. Gaul ikan dengan garam kunyit atau sebarang rempah.

4. Gaul pula dengan 1-2 sudu besar tepung jagung.

5. Dalam minyak panas pun taburkan sedikit tepung jagung. Anggaran dalam 1-2 cubit gitu.

6. Goreng

7. Nikmatilah saat menggoreng ikan keli tadi tanpa letupan yang menyeramkan….hihihi


Selamat mencuba ok😊😊😊

 

Naimah Wahab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge