Tips Sembuhkan Luka & Kurangkan Sakit Pembedahan Dengan Cepat

Luka pembedahan tidak kira sama ada pembedahan utama (major surgery) atau pembedahan kecil (minor surgery), pasti akan meninggalkan rasa sakit sebaik sahaja kesan ubat bius mula berkurangan. Inilah hakikat yang mesti dihadapi oleh orang yang menjalani pembedahan. Namun, terdapat beberapa langkah tertentu boleh diambil agar luka pembedahan tersebut cepat kering dan bertangkup serta mengurangkan rasa sakit dengan lebih cepat.

Nak dijadikan cerita, semasa pantang anak ke-3 baru-baru ni, saya mengalami nanah dalam Miss B. Disebabkan ianya membengkak dan pecah, jadi saya perlu menjalani minor surgery dengan segera.

Kalau dibiarkan bimbang kuman akan merebak ke bahagian tubuh yang lain atau mungkin juga boleh menjangkiti bayi.

Asalnya dia macam bengkak biasa je dan saya langsung tidak terfikirkan apa-apa masalah selain daripada bengkak susu sebagaimana 2 orang anak sebelum ni. Tapi bila dah berdenyut-denyut, terus ke klinik swasta dan dirujuk ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya.

Pada peringkat awal tu, doktor beri makan antibiotik je tapi bila dah pecah, memang perlu buat minor surgery.

 

luka pembedahan sembuh segera

 

Sekali lagi tak terfikir nak kene bedah. Perasaan bercampur-campur masa tu walaupun hanya minor surgery. Tambah pulak dibuat kat OT (Operation Theater). Lagilah seram.

Bangun-bangun dah siap pembedahan. Bila kesan ubat bius semakin hilang, bisa tempat pembedahan mula terasa. Time nak cuci tu, nak nangis rasa.

Kalau nak tahu, luka kat kawasan Miss B tu tak berjahit, dibiarkan terdedah. Adalah dalam dan lebar luka tu kira-kira 1 ke 1 1/2 inci. Tunjuk dekat mak pun, mak naik seriau!

Saya perlu berulang alik ke klinik kesihatan selama 2 minggu untuk cuci tempat luka.

Nak tahu kisah ajaib kesembuhan luka saya tak? Jom baca tips luka cepat sembuh ni dulu.

Tips Luka Pembedahan Cepat Kering & Kurangkan Kesakitan Lebih Pantas

1) Pastikan Tempat Luka Sentiasa Kering

Luka yang lembap akan menyebabkan proses penyembuhan akan memakan masa lebih lama. Lagi lama juga luka yang mungkin terbuka tu nak bertangkup. Isi pun lambat nak tumbuh. Jadi kita akan menanggung kesakitan lebih lama.

 

2) Cuci Luka Ikut Jadual

 

luka pembedahan sembuh segera

 

Sekiranya doktor dah arahkan cuci luka setiap hari di klinik kesihatan atau hospital selama 1 bulan. Maka ikutlah arahan doktor tersebut. Mencuci luka ni akan memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan tidak mudah dijangkiti kuman.

Kalau dah terkena jangkitan kuman tu dan bernanah balik, satu hal pulak nak kene pergi dapatkan rawatan lain. Luka lain pulak dan semakin bertambah masa nak sembuh.

Biasanya kat klinik, mereka akan gunakan cecair pencuci khas seperti, Saline. Kalau nurse atau doktor kata boleh cuci sendiri, biasanya kita disyorkan cuci luka dengan air suam.

 

3) Mengambil Protein

Protein akan bantu cepatkan kesembuhan luka dan isi baru yang nak tumbuh. Sumber protein daripada makanan ialah produk tenusu, ikan, ayam, soya, daging dan sebagainya. Pastikan memilih protein yang sihat dan semula jadi seperti ESP.

 

4) Mengambil Sumber Zink

Zink merupakan bahan yang membantu luka sembuh dengan segera. Apatah lagi kalau melibatkan luka dalaman. Sumber zink daripada makanan ialah bayam, bawang putih, cendawan, ketam, kekacang, tiram, bijirin, telur, daging dan coklat.

 

5) Mengambil Suplemen

Alhamdulillah, kebetulan untuk bersalin kalini ni memang saya dah sediakan siap-siap Set Berpantang YES Pack Shaklee. Set Berpantang ni terdiri daripada ESP, Omega Guard, Ostematrix, B Complex, Vitamin C dan VitaLea. Kemudian saya tambah Zinc Complex, Lechitin dan Garlic Complex.

Memang sebelum keluar hospital lepas minor surgery tu, nurse siap pesan, banyak-banyak ambil protein. Dah ada ESP ni, saya pulunlah betul-betul. Zinc Complex pun saya up kan dos pengambilannya.

Kan kalau orang operate digalakkan makan haruan kan? Sebab haruan ni mengandungi Zink. Tu yang luka cepat baik tu😊

 

 

Set Hami dan Berpantang Shaklee

 

Untung dah ada Set Pantang Shaklee ni sebabnya Vitamin C pun bantu cepatkan luka sembuh. Dengan penghasilan kolagen, tisu baru yang sihat dapat dibentuk lebih pantas. Satu lagi yang ramai orang tak tahu adalah B Complex. Dengan adanya Vitamin B5 di dalamnya, ia turut menjadi penggalak kesembuhan luka.

Garlic Complex pula bertindak sebagai antobiotik semulajadi, bunuh kuman.

Lecithin tu elak atau hilangkan bengkak susu dan susu tersumbat. Boleh kurus lepas bersalin sekali 😛

Vivix pun tak ketinggalan tau. Saya sapu Vivix pada luka. Memang sedikit pedih pada mulanya tapi Alhamdulillah, nampak luka cepat sembuh dan kering.

 

vivix benefit and function

 

 

Keajaiban Luka Pembedahan Sembuh Segera

Ingat kan saya ada bagitau yang saya perlu ke klinik untuk cuci luka setiap hari selama 2 minggu kan? Dalam masa seminggu lebih, dengan izin Allah luka saya yang ternganga luas tu mula bertangkup. Kesakitan pun memang ketara semakin berkurangkan.

Nurse yang cuci luka tu sendiri berasa sangat takjub sebab tempat luka tu tak berjahit dan selalu lembab ekoran susu sentiasa keluar. Bayangkan, semasa tengah cuci pun, susu bertakung kat dalam kawasan luka tu. Beliau sendiri tak menyangka yang sebegitu pantas luka tersebut beransur sembuh.

Alhamdulillah, sekarang ni luka tersebut dah 100% pulih. Bertangkup sendiri, mengecil dan isi tumbuh serta hampir tidak berparut. Siapa sangka, dugaan yang dirasakan agak berat pada mulanya berganti dengan jawapan yang amat bermakna. Saya temui cara penyembuhan luka yang lebih cepat dan pantas.

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. titan January 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge